Isu jenaka sensitif: Cecilia Yap mohon maaf

Cecilia Yap berjanji untuk tidak mengulanginya lagi dan memberikan kerjasama penuh kepada polis

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Cecilia Yap Song KL memohon maaf berhubung komen balasnya pada hantaran Facebook Harith Iskander berkaitan isu ‘ham’ baru-baru ini.

Cecilia menerusi kenyataan dikeluarkan firma guaman yang mewakilinya, Saibullah M.V. Nathan & Co, memohon maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan hantaran terbabit.

Dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi selain memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Saya amat kesal bahawa komen saya yang tidak sensitif tersebut telah menyinggung perasaan semua.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di masa-masa depan,” katanya yang turut berjanji memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan ke atasnya.

“Sekali lagi saya dengan rasa amat rendah diri memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berkenaan insiden ini.

“Saya menyusun jari dan memohon kepada semua yang tersinggung dengan komen saya tersebut dapat memaafkan kesilapan saya,’’ katanya.

Pada 24 Januari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan pelawak dan pelakon Harith Iskander berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam..

Menurut Razarudin, polis juga mengenalpasti identiti seorang lagi individu dikenali sebagai ‘’Cecelia Yap Song’ dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu.

Ia susulan hantaran Harith di Fecabook yang cuba membuat jenaka menggunakan topik ham dan turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Kontroversi ini juga membawa kepada pembatalan Program komediri Harith Iskander yang dijadual pada 25 Januari di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). – 27 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related