DBKL giat teliti pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara: Dr Zaliha

Ia bagi memastikan peniaga yang layak dan ingin berniaga mendapat lesen selain aspek penyelenggaraan terurus

1:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini giat meneliti aspek pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata proses berkaitan kini dilaksanakan DBKL bagi memastikan peniaga yang layak dan ingin berniaga mendapat lesen untuk beroperasi di bazar berkenaan. 

“Yang keduanya (kita teliti) penyelenggaraan bazar Ramadan … saya yakin ini (aspek pemberian lesen dan penyelenggaraan bazar) akan berjaya,” katanya kepada pemberita selepas program car free day (CFD) di sini hari ini.

Ditanya adakah terdapat isu tertentu dibangkitkan persatuan penjaja berhubung tapak bazar Ramadan, beliau berkata pihaknya tidak mendapat sebarang aduan daripada pihak berkenaan. 

“Setakat ini tak ada (isu), saya nampak mereka ada juga bertemu dengan contohnya Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif untuk membincangkan tentang beberapa perkara,” katanya.

Sebelum ini, Dr Zaliha berkata DBKL akan menguruskan sepenuhnya hal berkaitan permohonan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan di ibu negara bermula tahun ini bagi memastikan penjaja mendapat harga sewaan tapak berpatutan selain pengurusan lebih baik.

Mengenai CFD, beliau berkata pihaknya berhasrat memanjangkan tempoh program berkenaan kepada sehari berbanding hanya beberapa jam ketika ini.

“Kita akan cuba melihat juga bukan hanya setakat sejam (program CFD) tetapi satu hari. Yang ini kita sedang kaji dan kalau ia mendapat sambutan maka kita akan memperluas,” katanya.

CFD, acara bulanan di Putrajaya yang diadakan pada setiap Ahad minggu kedua dan hari ini ia diadakan serentak dengan Kempen Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025. – 26 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

No instant KPI: BAM gives Herry IP time to shape Malaysia’s doubles future

BAM allows new men’s doubles head coach Herry Iman Pierngadi time to familiarise himself with the players, culture before expectations are defined

Related