Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa

Vape itu dikenal pasti datang dengan penerbangan dari Macau dan Hong Kong namun negara asalnya masih disiasat

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata taktik licik sindiket berkenaan menyebabkan pihak berkuasa sukar mengesan barangan berkenaan ditambah lagi apabila bayaran rasuah dilakukan menyebabkan barangan itu tidak diperiksa.

“Barangan itu dinyatakan di dalam air waybill (waybil udara) sebagai bateri Lithium Ion dan langsung tidak diikrarkan ke dalam sistem dokumen Electronic Pre-Alert Manifest (ePAM) ataupun borang K1.

“Bagaimanapun, Bahagian Perisikan SPRM telah mengenal pasti penerbangan yang membawa vape itu datang dari Macau dan Hong Kong namun usaha untuk memastikan barang seludup itu berasal dari negara mana masih sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata barangan itu dibawa masuk ke Malaysia dengan cara pengikraran tidak benar bermula dari negara sumber. 

Mengulas lanjut tentang penahanan 14 individu termasuk pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol, Azam berkata bahagian risikan SPRM masih giat menjalankan siasatan dan tidak menafikan terdapat pegawai kastam serta pengarah syarikat lain berada dalam radar pihaknya.

“Penglibatan suspek lain masih sedang dikenal pasti. Buat masa sekarang tiada tangkapan baharu dirancang,” katanya.

Dalam tangkapan yang dilakukan baru-baru ini, katanya turut merampas beberapa dokumen berkaitan seperti air waybill (waybil udara), pesanan belian, invois, baucar bayaran, arahan penyerahan, ePAM, dokumen K1, dan beberapa dokumen lain yang berkaitan kes.

Selain itu, terdapat beberapa aset alih berkaitan kes yang telah disita dan 12 akaun juga telah dibekukan buat masa ini.

Sementara itu, mengulas mengenai penahanan pegawai kastam yang terlibat, Azam berkata kesemua yang ditahan bermula dari gred WK19 hingga WK22.

“Seorang daripada mereka berperanan sebagai ‘collector’ yang menerima rasuah sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 sehari sebelum rasuah itu diagih-agihkan antara pegawai kastam yang lain,” katanya.

Baru-baru ini, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo KLIA selepas menahan 14 individu termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan berkenaan. 

Sindiket itu dibongkar menerusi Op Airways yang menyaksikan semua suspek lelaki berusia 20 hingga 60-an itu ditahan dalam serbuan di sekitar KLIA dan Putrajaya, mengakibatkan negara mengalami kerugian dari segi kutipan cukai yang dianggarkan RM8 juta. – 24 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related