80 anak bekas anggota GISBH belum dituntut ibu bapa: Nancy

Seramai 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada OYLS mengikut akta sama

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) belum dituntut ibu bapa mereka.

Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

“Memang kita ada berhubung dengan ibu bapa, ada mempunyai minat untuk menuntut balik anak mereka tetapi atas sebab tidak kita ketahui, ada juga tidak jadi ambil. 

“Jadi kita mengharapkan kalau itu anak mereka, kita perlu beri keutamaan … ,” katanya kepada pemberita selepas Program Sanjungan Ilmu anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 80 kanak-kanak itu juga enam daripada mereka diperintahkan mahkamah untuk terus tinggal di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkenaan selama tiga tahun dan perintah tetap itu dikemukakan mengikut Seksyen 30(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mahkamah memerintahkan enam kanak-kanak ini perlu tinggal di bawah jagaan JKM selama tiga tahun. Ada sebab-sebab tertentu seperti isu berkaitan ibu bapa mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada majlis itu, Nancy turut melancarkan Sistem e-Pembelajaran Perkhidmatan Sosial (EPPESO) dan Portal Rasmi ISM. – 23 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related