Cadang tubuh suruhanjaya bebas tangani kemelut industri padi beras: MTEM

Suruhanjaya itu perlu dianggotai pemegang taruh mewakili pelbagai kepentingan susulan kegagalan IPB dan Bernas mengurus kemelut itu dengan baik

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mencadangkan penubuhan suruhanjaya bebas bagi menggantikan Industri Padi dan Beras (IPB) serta Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang didakwa gagal mengurus kemelut berkait makanan ruji negara itu.

Pengerusinya, Norysharin Hamidon berkata, suruhanjaya itu diyakini dapat membebaskan kedaulatan makanan negara, terutama padi beras yang dilihat terancam isu seperti monopoli, ketirisan agihan bantuan serta subsidi, amalan rasuah dan ketidakcekapan pengurusan.

Beliau mendakwa, isu itu menyebabkan pesawah dan pengilang kecil menjadi mangsa, terpaksa bergelut meneruskan operasi selain menggadai tanah pusaka, menutup kilang dan diisytihar muflis.

“MTEM percaya IPB dan Bernas selaku pemegang amanah industri telah gagal melaksanakan fungsinya, sehubungan itu kami mencadangkan suruhanjaya bebas dibentuk bagi mengambil alih fungsi itu serta-merta.

“MTEM berpandangan fungsi dan peranan asal Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) boleh dikembalikan bersandarkan kejayaan terdahulu.

“Namun, menyerahkan kepada kebijaksanaan suruhanjaya membuat keputusan terbaik berlandaskan musyawarah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suruhanjaya itu perlu dianggotai pemegang taruh mewakili pelbagai kepentingan, khususnya pesawah, pengilang kecil dan pengilang Melayu.

Selain itu, katanya, ia perlu melibatkan pemborong, pakar industri dalam kalangan ahli akademik dan teknologi, agensi berkaitan serta tokoh tiada kepentingan.

Beliau turut mencadangkan suruhanjaya itu untuk menangani segera beberapa perkara termasuk peningkatan kos penghasilan padi tidak seimbang yang mencecah RM700 hingga RM1,200 sebulan.

“Cadangan harga beras baharu bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran padi selain gesaan agensi sokongan padi beras tidak lagi disalah guna atau bersekongkol menekan pesawah menurunkan harga belian di kilang.

“Kembalikan penglibatan pengilang beras Bumiputera dengan mewujudkan kuota belian padi di setiap kilang selain mengekang monopoli dan sabotaj kilang besar,” katanya.

Tambah beliau, MTEM khuatir sekiranya kerajaan tidak bertindak segera, Malaysia bakal berdepan kriris keterjaminan makanan yang parah menjelang 2030.

“Bahkan tidak keterlaluan untuk membayangkan kemungkinan negara berdepan bantahan besar-besaran rakyat sebagaimana yang terjadi di Perancis, Rusia dan China suatu ketika dahulu kesan daripada runtuhnya ekosistem keterjaminan makanan.

“MTEM yakin kepimpinan Perdana Menteri berada pada kedudukan terbaik untuk
merombak institusi padi beras negara agar lebih telus, bersih, berkebajikan, dan tidak akan sesekali membiarkan kedaulatan makanan negara diancam,” katanya. – 23 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related