Petronas dan Petros: ‘senyum di luar, berbalah di mahkamah’

Pertikaian undang-undang mengenai monopolis gas Sarawak berpotensi pengaruhi landskap minyak dan gas negara

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jika dilihat pada zahirnya hubungan antara Petronas dan Petros kelihatan seperti saling kerjasama tetapi di mahkamah, gambarannya berbeza.

Petronas menolak dalam apa yang digelar sebagai langkah ‘tidah sah’ untuk menjadikan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai pihak berkuasa tunggal dalam pengagihan gas di Sarawak, sekali gus mencetuskan ‘perang’ yang berisiko mempengaruhi landskap minyak dan gas negara.

Dalam afidavit yang difailkan pada 5 November, 2024, syarikat minyak negara itu mendakwa haknya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) menjadikannya sebagai pengagregat sah bekalan gas asli termasuk pengagihan domestik.

Petros, bagaimanapun berpendapat sebaliknya, mengheret Petronas ke mahkamah berhubung pertikaian mengenai jaminan bank RM7.95 juta.

Tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuching, yang dimulakan pada 15 Oktober tahun lalu, adalah berhubung tuntutan Petronas untuk jaminan yang dikeluarkan oleh Maybank.

Petros mendakwa tuntutan itu tidak sah, merujuk kepada kegagalan Petronas untuk mendapatkan lesen pengagihan gas di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016).

Petronas bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan menegaskan jumlah yang belum dibayar adalah berkaitan dengan gas yang dibekalkan di bawah Perjanjian Jualan Gas Sarawak (SGSA). 

Dalam afidavitnya, ketua bahagian pengurusan karbon bersepadu Petronas, Anuar Ismail mengingatkan mengenai kesahan DGO 2016 dan pindaan-pindaan berikutnya, dengan mempertikaikan sama ada ia bertentangan dengan undang-undang persekutuan seperti PDA.

Kontroversi itu semakin mendalam apabila Petros dinamakan sebagai pihak berkuasa pengagihan gas negeri di bawah DGO 2016 yang dipinda dan Perintah Pengagihan Gas (Pelantikan Pengagregat Gas) 2024, berkuat kuasa pada 1 Februari tahun lalu.

Anuar menegaskan bagi menghuraikan kekusutan undang-undang maka ia memerlukan perbicaraan penuh dan pemeriksaan serius terhadap undang-undang yang terlibat.

Beliau menegaskan DGO 2016 tidak mengatasi hak Petronas di bawah SGSA, menekankan bahawa Petros terus menerima gas tanpa membayarnya. 

Petros dilantik sebagai pihak berkuasa tunggal untuk pengagihan gas di Sarawak di bawah Seksyen 7A DGO 2016 berikutan pindaan ordinan pada 2023 dan Perintah Pengagihan Gas (Pelantikan Pengagregat Gas) 2024 (Perintah DG 2024), yang berkuat kuasa pada 1 Februari tahun lalu.

PDA adalah undang-undang persekutuan yang memberikan hak kepada Petronas – sebagai entiti nasional yang diberikan hak ke atas keseluruhan hidrokarbon Malaysia – hak pemilikan dan hak eksklusif untuk meneroka dan mengeksploitasi sumber petroleum di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

“…penguatkuasaan dan sebarang ketidakpatuhan yang didakwa terhadap peruntukan DGO 2016 tidak dapat diselesaikan dengan mudah tanpa pemeriksaan serius dan perbicaraan lisan terhadap semua peruntukan undang-undang yang terpakai.

“DGO 2016, yang telah dipinda, tidak membatalkan hak Petronas di bawah SGSA dan plaintif (Petros) terus mendapat manfaat daripada bekalan gas yang sama,” kata Anuar.

Menyedari bahawa Petros terus mengesahkan SGSA dan menerima gas yang dibekalkan oleh Petronas ‘tanpa bantahan’ tatkala ‘ingkar dalam pembayaran’  yang perlu dibayar untuk gas yang dibekalkan, Anuar menuduh Petros ‘melanggar dengan jelas’ SGSA kerana terus enggan membayar Petronas.

Beliau juga menegaskan selain tuntutan bertarikh antara September dan Oktober tahun lepas yang meminta Petros memenuhi bayaran berjumlah RM45.55 juta, entiti milik kerajaan Sarawak itu ‘masih gagal’ membayar jumlah tersebut.

“Tanpa Petronas, (Petros) tidak boleh secara fizikal membekalkan atau menjual gas kepada pelanggan/pembeli pada setiap masa yang berkaitan… Oleh itu, sebarang dakwaan bahawa Petronas tidak berhak untuk pembayaran bagi gas yang dibekalkan, adalah salah faham.

“Kenyataannya ialah gas yang dibekalkan oleh Petronas telah diterima oleh (Petros) namun, (Petros) kini enggan membayar dengan mendakwa ketidaksahan,” kata Anuar, menegaskan pendirian Petronas yang menafikan tuduhan mengenai ketidaksahan, aktiviti jenayah dan melanggar keperluan pelesenan.

Menyentuh mengenai SGSA, di mana Petros dan Petronas pada 30 Disember 2019, bersetuju untuk yang pertama membeli dan menerima gas dari yang terakhir pada titik penghantaran, Anuar menekankan bahawa perjanjian penjualan dan pemindahan perniagaan berkaitan “semata-mata kepada penjualan gas hiliran”. 

Beliau menegaskan sebarang rujukan kepada Petros bertindak sebagai “pengagregat” hanyalah untuk jangkaan pelantikan berpotensi Petros sebagai pengagregat yang bertanggungjawab untuk penjualan dan perniagaan gas hiliran –  dengan makna hiliran dari penyambung luar loji pemprosesan gas.

Menekankan bahawa perbincangan yang sedang berlangsung antara kedua-dua syarikat adalah “tidak relevan” dengan penguatkuasaan SGSA dan hak Petronas di bawah perjanjian itu, Anuar berkata Petronas tidak bertindak dengan niat jahat atau tidak wajar “dalam keadaan itu”.

Pada 14 Januari tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa DGO 2016 tidak mengatasi PDA, Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang persekutuan lain, menekankan bahawa kedudukan Petronas kekal tidak terjejas oleh pelantikan Petros sebagai pengagregat gas tunggal di Sarawak. 

Cabaran undang-undang semasa Petronas mencerminkan percubaannya pada tahun 2018 untuk mendapatkan pengisytiharan Mahkamah Persekutuan sebagai pemilik tunggal dan pengawal selia sumber petroleum Malaysia di bawah PDA. 

Walau bagaimanapun, pada 22 Jun tahun itu, mahkamah menolak usaha tersebut, dengan Ketua Hakim Malaya ketika itu Tan Sri Ahmad Ma’arop memutuskan bahawa kes itu berada dalam bidang kuasa mahkamah tinggi. – 23 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related