Tol percuma musim perayaan tidak selesaikan masalah kesesakan: Zahid

Apa yang penting, kata Zahid ialah ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Apa yang penting, kata Zahid ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

Malah, katanya jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.

“Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,’’ katanya memetik Bernama.

Zahid berkata demikian selepas Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tiada lagi tol percuma akan diberikan sempena musim perayaan.

Menurutnya, mesyuarat Kabinet pada tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia dan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Mengikut keputusan itu tiada (tol percuma) dan 2024 adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma untuk musim perayaan.

“Kerajaan juga telah menyelaraskan subsidi untuk pendekatan yang lebih bersasar bagi rakyat Malaysia yang mana perinciannya akan kita umumkan dalam masa terdekat,” katanya. – 22 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related