Pusingan kerja besar-besaran dilaksana dalam masa terdekat: KSN

Tempoh lima tahun bertugas di kaunter disifatkan terlalu lama dan tidak bersesuaian

6:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diarahkan untuk meneliti dan melaksanakan pusingan kerja membabitkan penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata tempoh lima tahun bertugas di kaunter disifatkan terlalu lama dan tidak bersesuaian, justeru pusingan kerja secara besar-besaran itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Lebih lima tahun (berkhidmat di kaunter) kadang-kadang boleh menyebabkan anda (penjawat awam) sangat tertekan, jadi kita kena beri tugasan yang baharu untuk perubahan dalam kerjaya.

“Kadang-kadang kita tengok petugas kaunter marah-marah orang kerana terlalu lama mereka berkhidmat di sana, dia pun kecewa juga, jadi kita hendak ubah situasi itu,” katanya pada sesi amanat KSN 2025 bertemakan “Reformasi: Satu Kemestian” di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Setiausaha kementerian serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Shamsul Azri berkata pusingan kerja itu juga bertujuan menambah baik perkhidmatan di kaunter.

Ditanya sama ada akan ada pekeliling bagi arahan pusingan kerja itu, beliau berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan proses berkenaan merupakan aktiviti biasa dalam perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Shamsul Azri menyaran pegawai kerajaan agar melakukan lawatan mengejut dan mengurangkan lawatan bersifat keraian untuk mengenal pasti kelemahan perkhidmatan awam dengan lebih baik supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

Beliau turut menggesa kementerian, jabatan dan agensi mempercepat projek pembangunan dan pendigitalan bagi menyediakan perkhidmatan yang kondusif kepada rakyat.

“Projek pembangunan dan digitalisasi mesti dipercepat pelaksanaan. Sebagai contoh, pendaftaran MyDigital ID masih pada peringkat tidak memuaskan dan perlu ada pemahaman yang lebih baik serta peningkatan pendaftaran dalam kalangan penjawat awam dan rakyat,” katanya.

Mengorak langkah ke hadapan, Shamsul Azri berkata reformasi itu ialah satu kemestian.

Oleh itu, katanya agenda reformasi perkhidmatan awam diteruskan tahun ini dengan tiga fokus, iaitu memantapkan pemboleh daya reformasi, memperkukuh nilai dan tatakelola, serta mempertingkatkan sinergi strategik Persekutuan–negeri dan antarabangsa. – 20 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related