Program FH4A anjuran MCMC bolehkan rakyat nikmati manfaat 5G dan teknologi kesihatan

FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri bermula hari ini sehingga 28 Februari

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Rintis Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri bermula di Wilayah Persekutuan hari ini.

MCMC dalam kenyataannya berkata, program itu bertujuan mengaplikasikan teknologi terkini dan ketersambungan 5G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara, memastikan akses yang inklusif dan saksama kepada teknologi kesihatan masa hadapan serta menyokong penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Ia dilancarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini.

Menurut MCMC, negeri yang terlibat ialah Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Perak.

Program itu bermula hari ini di Wilayah Persekutuan dan akan berakhir di Johor pada 28 Februari ini.

“Antara pengisian program FH4A ini termasuklah sesi perkongsian masa hadapan penjagaan kesihatan, saringan kesihatan, demonstrasi dan ujian percubaan aplikasi mudah alih secara percuma, pameran produk serta sesi kuiz,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC memaklumkan, pelaksanaan program ini ke negeri lain termasuk di kawasan luar bandar diharapkan dapat memberikan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat tanpa mengira lokasi.

FH4A, kata MCMC akan melibatkan kerjasama strategik suruhanjaya berkenaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (Mara), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Berhad.

“Kerjasama ini mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan melalui program rintis, menyedari peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) memberi impak signifikan kepada ekonomi negara,’’ katanya. – 18 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related