Tipu Umrah: 8 termasuk pasangan suami isteri direman 3 hari

Ia bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lapan individu termasuk pasangan suami isteri pemilik syarikat pelancongan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

“Sebanyak lapan laporan polis telah diterima membabitkan 379 mangsa manakala premis syarikat terbabit ditutup sementara untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan berkenaan di Sepang, Selangor. 

Pada petang hari yang sama, pengarah urusan syarikat terbabit melakukan sidang media di ibu negara sebelum keadaan bertukar kecoh apabila lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lepas. – 16 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related