Lelaki warga asing maut terjatuh dari tingkat 39

Lelaki berkenaan yang merupakan penduduk di residensi terbabit tidak meninggalkan sebarang nota

8:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga asing maut selepas terjatuh dari tingkat 39 sebuah bangunan residensi di Jalan Yap Kwan Seng di sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.39 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 29 tahun yang merupakan penduduk di residensi terbabit. 

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan lanjut di kediaman mangsa tidak menemui sebarang nota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan kejadian masih diteruskan dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan mayat mangsa dalam keadaan yang tidak sempurna di atas kawasan laluan pejalan kaki berhampiran bangunan residensi itu. – 15 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related