Sandwic ‘ham dan cheese’ di UM tiada sijil halal

Tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah satu kesalahan

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas produk sandwic ‘ham and cheese’ yang dibekalkan di Universiti Malaya (UM) mengesahkan ia tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Dalam kenyataannya, Jakim memberitahu, syarikat yang menghasilkan produk berkenaan juga bukan pemegang SPHM.

“ Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN,’’ katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh mengecam kedai serbaneka KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) kerana didakwa menjual `sandwic ham’ yang mengandungi logo halal yang diragui.

Akmal berkata ia merupakan insiden kedua melibatkan kedai serbaneka berkenaan yang telah menyentuh sensitiviti orang Islam selepas isu stokin tertera kalimah Allah.

Dalam tindakan segera, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd telah membekukan semua urusan perniagaan dengan pembekal yang didakwa membekalkan sandwic yang mengandungi logo yang diragui di salah satu cawangannya di Universiti Malaya (UM).

KK Super Mart dalam kenyataannya memberitahu produk sandwic itu dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, dan laporan polis turut dibuat ke atas syarikat itu pada 11 Januari lalu.

Jakim juga memaklumkan, serbuan telah dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu.

Justeru, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal.

“Pastikan produk tersebut telah dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti,’’ katanya.  – 13 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related