Sewa tertunggak: Lilit oleh FV tawar jualan durian runtuh dalam talian

Writ itu mengarahkan semua harta alih dengan nilai RM67,872 di dalam premis jenama Lilit itu tidak dikeluarkan

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah satu jenama di bawah platform e-dagang tempatan yang kontroversi FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) iaitu Lilit, kini menawarkan diskaun harga yang ketara menerusi jualan dalam talian.

Ia ketika premis fesyen itu di IOI Mall Sdn Bhd di Putrajaya menerima notis writ Distres kerana tidak membayar sewa bagi tempoh dua bulan berjumlah RM67,872.

Tinjauan Scoop di laman web Lilit mendapati harga beberapa produknya mengalami penurunan daripada RM159 kepada serendah RM20.

Ia melibatkan skirt panjang, hijab dan seluar.

Dalam pada itu, writ Distres yang dikeluarkan oleh Tetuan Joseph Ting & Co kepada Sitca Designs Sdn Bhd, anak syarikat FashionValet Sdn Bhd, yang menyewa premis LG-8 di lantai LG, di pusat beli-belah itu dikeluarkan pada 3 Januari lalu.

Writ itu endedahkan bahawa Sitca Designs gagal membayar sewa untuk Oktober dan November 2024, dengan sewa bulanan berjumlah RM33,936.

Ekoran itu Mahkamah Sesyen Sepang mengarahkan bailif menahan harta alih di premis yang diduduki jenama Lilit di bawah Akta Distres 1951.

Mahkamah juga memberi kuasa kepada bailif untuk memasuki premis secara paksa jika perlu. Menurut surat mahkamah kepada wakil undang-undang IOI City Mall, writ itu dijadualkan untuk pelaksanaan pada 8 Januari.

Dalam keputusannya pada 18 Disember lalu, Hakim Amir Affendy Hamzah mengarahkan operasi perniagaan di premis itu dihentikan sehingga penyelesaian tuntutan writ itu.

“Kecuali dengan kebenaran bertulis plaintif (IOI City Mall), tiada pihak dibenarkan memasuki premis berkenaan sehingga tarikh lelongan awam dan/atau tarikh pemilikan kosong, yang mana terkemudian, telah diserahkan kepada plaintif,’’ kata hakim.

Sementara itu, pada 31 Disember lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah.

Pada 5 Disember lepas, Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – 11 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related