Kes buli siber: Shalini saman 2 individu, dakwa jadi mangsa buli hingga terpaksa berkurung

Shalini berkata dia terpaksa mendapatkan bantuan kaunseling selepas menjadi mangsa buli siber

7:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita, P Shalini, yang sebelum ini didenda RM100 selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat dalam TikTok, memfailkan saman fitnah ke atas dua individu yang didakwa mencemar nama baiknya sehingga dia menjadi mangsa buli siber.

P. Shalini, 36, berkata, tindakan saman fitnah itu diambil selepas dua individu terbabit didakwa menyebabkan dia dan keluarganya berdepan pandangan negatif daripada masyarakat.

Malah katanya, sejak Julai tahun lalu, dia hanya berkurung di rumah dan terpaksa mendapatkan bantuan kaunseling susulan buli siber yang diterimanya.

“Secara jujurnya, saya mendapatkan bantuan kaunseling disebabkan perkara ini (buli siber), saya terpaksa berkurung dalam bilik dan berhenti melakukan aktiviti harian seperti ke gim.

“Ibu saya juga hanya keluar rumah untuk ke kuil sahaja manakala kakak saya yang menetap di Australia terpaksa pulang ke tanah air untuk memberikan sokongan kepada kami sekeluarga.

“Saya ingin tekankan di sini bahawa polis telah menjalankan siasatan dan saya tidak pernah sekali pun didakwa atau disabitkan dengan apa-apa tuduhan yang mengaitkan saya dengan kematian mana-mana individu termasuk mendiang (Rajeswary) Esha.

“Sebagai seorang bekas aktivis anti buli siber, agak melucukan apabila saya sendiri menjadi mangsa buli siber,” katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini hari ini.

Pada 16 Julai tahun lalu, Shalini didenda RM100 kerana mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun TikTok untuk membangkitkan kemarahan.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok dengan profil ‘alphaquinnsha’ bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di sebuah premis di Jalan Ipoh, di sini, pada 4.10 pagi, 1 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh dihukum denda maksimum RM100.

Sementara Rajeswary atau Esha, seorang pempengaruh TikTok, ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber pada 5 Julai tahun lalu.

Sementara itu, peguam yang mewakili Shalini, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pengurusan kes saman fitnah itu telah ditetapkan pada 14 dan 23 Januari depan.

Menurut Hanif, sebelum ini pihaknya ada menghantar surat tuntutan (LOD) kepada dua individu berkenaan namun tidak menerima maklum balas daripada.

“Surat tuntutan yang dihantar tidak mendapat jawapan balas daripada dua individu tersebut.

“Kalau mereka datang meminta maaf secara ikhlas (ketika LOD itu diserahkan) mungkin anak guam saya akan mempertimbangkan untuk tidak meneruskan tindakan saman.

“Tetapi mereka langsung tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut,” katanya.

Menurut Hanif, tindakan dua individu berkenaan adalah tidak wajar kerana Shalini tidak dikaitkan dengan punca kematian mana-mana pihak sehingga dirinya menjadi buli siber netizen susulan tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. – 10 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related