Kerajaan tidak akan dedah minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum: Dr Zaliha

Itu hanya hak Lembaga Pengampunan, kata Dr Zaliha selepas Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butirannya

7:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan mendedahkan kepada umum butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang membincangkan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang juga seorang daripada ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata minit mesyuarat adalah sulit.

“Jadi kita tak boleh buat perkara itu (minit mesyuarat) open lah ya. Itu hanya hak Lembaga Pengampunan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum, bagi menghentikan spekulasi berhubung dokumen tambahan yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata pendedahan minit mesyuarat itu bagi memberi penjelasan sebenar mengenai dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. – 9 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Budget 2025: consider soft loan to help us replace old school buses, say operators

Federation of School Bus Associations’s president Amali Munif Rahmat says that an interest-free soft loan can help them procure new buses and recruit young operators

Buli siber semakin membimbangkan, satu situasi serius yang tidak boleh dipinggirkan

Kematian seorang penggiat dan aktivis media sosial baru-baru ini mencetuskan kemarahan dan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan gesaan agar peraturan yang lebih ketat mengenai buli siber dan khususnya penggunaan platform media sosial.

KLRA+SD gesa perancangan teliti, mahu aspek pembangunan semula dikaji segera

Setiausaha Kehormat KLRA+SD, Joshua Low berkata, warga Kuala Lumpur tidak menentang pembangunan tetapi menentang pembangunan keterlaluan

Related