Kerajaan selaras penghantaran pulang warga Palestin: Fahmi

Sama ada dihantar pulang melalui Mesir ataupun negara lain, ia akan dimaklumkan kemudian, kata Fahmi

6:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penghantaran pulang warga Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan perubatan sedang diselaraskan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan mengenai beberapa perbincangan, termasuk insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 4 Januari.

Fahmi berkata proses penghantaran itu sedang berjalan dan pada masa yang sama segala perkhidmatan perubatan yang disediakan untuk warga Palestin akan diteruskan, memandangkan kerajaan mengambil serius dari segi kebajikan mereka.

“Koordinasi sedang dilakukan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan untuk berhubung dengan kerajaan Mesir, untuk mengusahakan penghantaran pulang warga Palestin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata proses penghantaran pulang dan tempoh masa itu akan diselaras dan diurus oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan.

“Perbincangan itu diteruskan sama ada akhirnya dihantar pulang melalui Mesir ataupun negara lain. Ini akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Pada 5 Januari, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di WTKL pada 4 Jan seperti yang tular di media sosial, berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Insiden kekecohan itu adalah kali kedua berlaku selepas kejadian sama berlaku pada Oktober tahun lepas, disebabkan segelintir daripada mereka tidak berpuas hati kerana diletakkan di pusat perlindungan berkenaan, selain mengehadkan pergerakan mereka.

Susulan itu, Duta Palestin di Malaysia Walid Abu Ali memohon maaf bagi pihak warga Palestin.

Pada 16 Ogos 2024, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza serta dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL. – 8 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related