NACSA diberi 6 bulan sediakan cadangan berkaitan undang-undang baharu jenayah siber: CEO

Ketua Agensi Keselamatan Siber Negara berkata Akta Jenayah Komputer 1997 tidak lagi relevan untuk landskap IT masa kini

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mempunyai masa sehingga enam bulan untuk menyediakan cadangan mengenai undang-undang baharu berkait dengan jenayah siber, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Megat Zuhairy Megat Tajuddin.

Bercakap sebagai panel pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 semalam, Megat berkata beliau telah membentangkan kertas kerja mengenai potensi perundangan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Siber Negara pada minggu lalu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akta baharu itu, katanya diperlukan memandangkan Akta Jenayah Komputer 1977 ‘tidak lagi relevan’, katanya sambil memberitahu Anwar telah meminta kertas kerja kerja mengenai undang-undang yang dicadangkan itu dalam masa enam bulan.

“Kerajaan menyedari kepentingan mempunyai hala tuju bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman ruang siber.

“Kepimpinan (NACSA), termasuk Perdana Menteri sendiri dan menteri yang bertanggungjawab, memahami bahawa ruang siber perlu menjadi agenda utama Malaysia, khususnya apabila kita sedang melihat kepada pelaburan digital,’’ tambahnya.

Megat berkata demikian ketika menjadi panel bersama-sama dengan Ketua Pegawai Teknologi CyberSecurity Malaysia, Wan Roshaimi Wan Abdullah dan Frédéric Margotton iaitu Setiausaha Pertama untuk Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Singapura.

Moderator bagi sesi yang bertajuk ‘Regulating for Resilience: Cybersecurity and Critical Infrastructure Protection’ itu ialah Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC, Datuk Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen.

Akta Keselamatan Siber 2024

Mengulas mengenai Akta Keselamatan Siber 2024, yang dilaksanakan pada 26 Ogos tahun lepas, Megat berkata cabaran sebenar adalah pada pelaksanaan undang-undang itu.

Beliau berkata, selain kemajuan teknologi yang pantas, ditambah dengan kekurangan bakat dalam keselamatan siber, kepakaran pengurusan insiden dalam agensi kerajaan dan organisasi swasta juga perlu dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan akta ini.

“Apabila insiden berlaku, tindak balas pertama daripada Ketua Pegawai Eksekutif (entiti swasta) ialah menafikannya disebabkan mereka perlu melindungi imej dan menguruskan kesan persepsi orang ramai (supaya) keuntungan mereka tidak terjejas,’’ katanya.

Beliau juga berkata, apabila ia melibatkan agensi berkaitan kerajaan, terdapat kecenderungan untuk hanya bertindak balas secara terbuka terhadap sesuatu kejadian jika perkara itu menjadi tular tetapi membisu jika tiada yang membangkitkannya.

‘Ia bukan perkara teknikal – lebih kepada tadbir urus, persefahaman, kesedaran dan orang ramai menyedari bahawa ia adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya dikendalikan oleh NACSA, untuk menjadikan ruang siber kita aman, berdaya tahan dan selamat,’’ katanya.

Sementara itu, dalam seri berasingan bertajuk ‘Shaping the Future of Online Regulation’ dengan moderatornya Ketua Kaunsel MCMC, LS Leonard, anggota panel membincangkan mengenai cabaran dan strategi kawal selia dalam landskap digital ketika ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Mediha Mahmood berkata, ibu bapa telah didedahkan mengenai penggunaan bahasa dalam talian yang digunakan oleh remaja menerusi bengkel anjuran CMCF.

Pengetahuan berkenaan, katanya, adalah penting untuk memastikan penjaga mengesan jika berlaku ancaman atau kritikan terhadap kanak-kanak di dalam talian menerusi frasa tertentu yang direka untuk memintas sistem pemantauan platform media sosial.

Sebagai contoh, Mediha berkata, netizen menggunakan perkataan ‘anggur’ untuk menggambarkan rogol kerana istilah rogol akan disekat oleh penyedia kandungan platform, manakala ‘Type C’ adalah istilah dalam talian untuk merujuk kepada kaum Cina.

Manakala ahli panel lain ialah ketua bahagian dasar pengawalseliaan MCMC Devi Annamalai dan presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil. – 8 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Sports budget allocation: is popularity winning over performance in 2025 funding?

As RM15 million goes to football and RM20 million to e-sports, critics question whether funding priorities reflect merit or strong networks in Malaysian sports

Related