Sindiket lulus pemeriksaan kenderaan berat: 6 pegawai ditahan SPRM

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk enam pegawai agensi pemeriksa kenderaan yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara.

Semua suspek lelaki berusia 30 hingga 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam namun telah dibebaskan di bawah jaminan SPRM.

“Penahanan kesemua suspek adalah hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM ke atas seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.

“Bagaimanapun keenam-enam pegawai pemeriksa kenderaan terbabit telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil,” kata SPRM menerusi kenyataan kepada pihak media.

Manakala, dua lagi individu ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Januari depan untuk siasatan lanjut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha selepas permohonan dibuat pihak SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, setakat ini SPRM telah menahan sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menahan reman seorang individu disyaki membayar rasuah berjumlah ratusan ringgit kepada seorang anggota penguatkuasa sebagai balasan membantu meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sekitar ibu negara. – 7 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related