Insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini: Fahmi

Kekecohan yang tular Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin

3:44 PM MYT

 

SEPANG – Insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini bagi tindakan lanjut.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata mesyuarat pada minggu ini akan mendapatkan maklumat terkini daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri yang lepas ada dibangkitkan aspek pemindahan (warga Palestin) ke premis yang baharu.

“Setakat ini belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri, tapi saya pasti selepas mesyuarat hari Rabu (ini) akan ada sedikit kemas kini untuk rakan media,” katanya kepada media selepas perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Semalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL pada petang Sabtu seperti yang tular di media sosial, dikatakan berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Insiden itu merupakan kejadian kedua, dengan yang pertama pada Oktober tahun lepas.

Pada 16 Ogos lepas, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL.

Ditanya tindakan kementerian susulan beberapa video tular berkaitan kekecohan termasuk insiden di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Fahmi berkata masyarakat sering disajikan dengan pelbagai kandungan yang tidak pasti hujung pangkalnya.

“Oleh itu saya mohon supaya kita berusaha untuk mencari dan memahami konteks sebenar apa-apa bahan yang disebarkan supaya kita tahu adakah perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia berlaku sekarang atau sebelum ini, dan apa sebenar yang berlaku serta apa tindakan, sekiranya ada, dari pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.

“…juga wajar kita bersabar seketika mendapatkan atau melakukan fact-checking,” katanya.

Selain itu Fahmi berkata pengamal media juga memainkan peranan untuk membantu membuat pengesahan mengenai sesuatu perkara yang tular, terutama tempoh atau tarikh perkara itu dikatakan berlaku, siapa yang menyebarkan.

“Dari situ kita boleh membuat pengesahan lebih jitu. Proses itu penting,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi akan memberi kerjasama erat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam mempromosikan produk pelancongan, selain daripada mengetengahkan mesej utama dari kementerian dan kerajaan sempena TMM2026. – 6 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related