‘Hantaran saya tiada kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong’ kata Fadhli

Fadhli mempersoalkan pemahaman berbeza antara Ketua Pemuda Umno dan Presiden serta Setiausaha Agung parti itu mengenai Himpunan Solidariti Najib

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menafikan hantaran berbentuk kiasan yang dibuat kelmarin mempunyai kaitan dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung isu himpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, secara jelas tidak ada mana-mana bahagian di dalam titah baginda Yang di-Pertuan Agong melarang himpunan pada Isnin ini.

Sebaliknya, Fadhli berkata pihak yang bimbang dan membidas penglibatan Umno dalam perhimpunan itu adalah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Walaupun pimpinan Umno membalas kenyataan Lim Guan Eng ini tetapi akhirnya apa yang didesak oleh Lim Guan Eng dilaksanakan oleh Umno dengan kononnya berpandukan titah Agong yang mereka sendiri pilih untuk memahami bukan dengan maksud yang sebenar.

“Sedangkan titah addendum yang terang jelas itu mereka memilih untuk tidak perjuangkan. Inilah pelik dan ajaibnya Umno.

“Nasib baiklah Pemuda UMNO mengisytihar bahawa mereka akan hadir dan ini membuktikan mereka juga memahami kehadiran di himpunan itu bukanlah bererti derhaka kepada Agong.

“Persoalannya, kenapakah pemahaman Pemuda Umno berbeza dengan pemahaman Presiden dan Setiausaha Agung Umno? Jadi jelas, YDPA (Yang di-Pertuan Agong) tiada kaitan dengan hantaran saya itu,’’ katanya menerusi kenyataan di dalam Facebook hari ini.

Semalam, Fadhli Shaari memuatnaik hantaran berbentuk sindiran ‘ayam jantan, ayam betina dan biawak’ di media sosial hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemimpin politik dan wakil rakyat, yang mempersoalkan maksud serta tujuan hantaran berkenaan.

Berikutan itu, banyak pihak meminta beliau memberikan penjelasan malah Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda mengarahkan pemuda parti itu di seluruh negara membuat laporan polis ke atas Fadhli, kerana didakwa menghina institusi diraja.

Pada 3 Januari lalu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan mana-mana pihak yang ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan tersebut untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda pada mesyuarat akan datang.

Ini berikutan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pada Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang Di-pertuan Agong (YDPA) terdahulu.

Mengulas mengenai laporan polis oleh Pemuda Amanah, Fadhli berkata, beliau bersiap sedia untuk disiasat dan akan mempertimbangkan tindakan seterusnya berdasarkan perkembangan yang akan berlaku.

“Ada beberapa peguam yang mencadangkan saya menyaman Pemuda Amanah atas ayat yang jelas ‘Pemuda Amanah Nasional memandang serius kenyataan Ahmad Fadhli Shaari yang dianggap menghina institusi diraja’.

“Sedangkan tiada mana-mana bahagian dalam hantaran saya itu yang diniatkan dan boleh dianggap demikian. Saya katakan, melainkan dengan pihak-pihak tertentu, saya beranggapan – sehingga sekarang – kawan-kawan dalam dunia politik ini tidaklah perlu sampai ke mahkamah. – 5 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related