Permohonan tak lengkap, polis tolak penganjuran himpunan solidariti Najib

Polis tolak permohonan untuk berhimpun namun masih mengambil langkah keselamatan dengan menempatkan 456 anggota

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjuran himpunan solidariti Najib di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin ini ditolak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya ada menerima permohonan bagi penganjuran himpunan itu pada 31 Disember lalu namun terpaksa ditolak selepas semakan dilakukan mendapati permohonan terbabit tidak lengkap.

“Selepas disemak, didapati permohonan itu tidak lengkap dan pihak polis menolak kebenaran untuk tujuan himpunan terbabit.

“Pemakluman penolakan permohonan telah diberitahu kepada pihak penganjur pada Jumaat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya juga akan membuat persediaan kawalan keselamatan berhubung penganjuran perhimpunan itu menerusi kekuatan anggota seramai 456 orang.

Pada 6 Januari ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Naiib Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang Di-pertuan Agong (YDPA) terdahulu.

Terdahulu Umno mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada Isnin ini bagi menyatakan sokongan Najib

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu akur dengan saranan ramai menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib.

Umno juga, katanya, tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. – 4 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related