Pihak berkuasa tanya kenapa saya cakap dengan media, kata pelarian Syria yang terkandas di KLIA

Alassad kini cuba untuk kembali ke Syria meskipun berasa bimbang akan keselamatannya

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelarian Syria, Alassad Ahmad Aleoub, yang terkandas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) mendakwa pihak berkuasa memberikan ‘perhatian’ lebih kepadanya selepas kisah berkenaan disiarkan media.

Alassad, yang mendakwa terkandas di Terminal 1 KLIA sejak 7 November lalu atas perintah Notis Penolakan Masuk (NTL) berkata, polis dan pegawai Jabatan Imigresen melahirkan ketidakpuasan kerana berita mengenainya disiarkan media.

“Mereka tanya bagaimana dan kenapa saya menghubungi media.

“Mereka beritahu bahawa mereka tidak gembira dengan keputusan saya untuk membincangkan mengenai situasi yang dialami ini secara terbuka.

“Saya jelaskan bahawa saya tiada pilihan kerana saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.

“Hanya selepas kisah saya disiarkan, saya merasakan mereka mula memberikan perhatian kepada saya,’’ katanya kepada Scoop.

Menurutnya, dia dimaklumkan oleh kakitangan lapangan terbang jika keadaan masih tidak selesai, dia mungkin akan dipindahkan dari Terminall 1 ke Bangunan Satelit KLIA, hanya boleh diakses dengan aerotrain.

Alassad juga memberitahu dua wartawan asing cuba mendekatinya di lapangan terbang dan cuba menebualnya mengenai pengalamannya namun dia menolak, kerana merasakan mereka menjangkakan dia akan mengkritik Malaysia.

“Kenapa saya nak buat begitu? Selain keadaan saya ini, saya mempunyai pengalaman positif di Malaysia,’’’ katanya.

Dengan pilihan terhad, Alassad kini cuba untuk kembali ke Syria meskipun berasa bimbang akan keselamatannya.

Dia melarikan diri dari negaranya bagi membebaskan diri daripada pemerintah presiden Bashar al-Assad. Meskipun rejim tersebut telah jatuh, namun pemimpin Syria ketika ini, Abu Mohammad al-Julani mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda dan ISIS.

“Saya telah mengkritik Julani dalam media social.

“Saya telah menghubungi saudara mara di Syria untuk melihat sama ada selamat untuk saya kembali.

“Jika semua selamat, saya tidak kisah untuk pulang,” katanya.

Melihat kepada penyelesaian yang agak tipis di KLIA itu, dia meminta bantuan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian dan pertubuhan berkaitan kemasyarakatan.

Alassad sebelum ini menetap di Turkiye selama 12 tahun selepas melarikan diri dari Syria pada 2013. Bagaimanapun ketegangan yang meningkat antara pelarian Syria dan penduduk Turkiye, telah memaksanya datang ke Malaysia pada awal tahun ini.

Selepas sebulan di sini, dia cuba berpindah ke Eropah untuk mendapatkan peluang yang lebih baik namun ditahan di Qatar dan dihantar ke KLIA.

Namun disebabkan perintah NTL, Alassad tidak dapat masuk ke Malaysia atau ke negara lain kerana dia tidak mempunyai dokumen yang mencukupi.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebelum ini mengesahkan mengenai NTL itu, dan menyatakan Qatar Airways, penerbangan yang bertanggungjawab dalam perjalanannya, mengendalikan kes berkenana.

Meskipun Alassad mendakwa berada di KLIA sejak 7 November, MAHB memaklumkan dia tiba di KLIA pada 29 November.

Scoop telah menghubungi Jabatan Imigresen dan Qatar Airways untuk komen dan masih menunggu maklum balas. – 4 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related