Akmal tetap hadir ke Putrajaya Isnin ini, solidariti peribadi ke atas Najib

Menurut Akmal, kehadirannya itu hanya atas kapasiti peribadi bagi memberikan sokongan kepada bekas presiden Umno itu

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun Umno memutuskan untuk tidak meneruskan himpunan solidariti Najib, Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tetap akan hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya Isnin ini.

Beliau berkata, namun kehadirannya itu hanya atas kapasiti peribadi bagi memberikan sokongan kepada bekas presiden Umno itu.

“Sebagai ahli parti, kita menjunjung titah dan menghormati keputusan parti untuk tidak berhimpun.

“Tetapi saya tetap akan hadir atas kapasiti individu untuk memberikan sokongan kepada Najib seperti sebelumnya,” katanya ringkas kepada Scoop hari ini.

Terdahulu Umno mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dijadualkan pada Isnin ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu akur dengan saranan ramai menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib.

Umno juga, katanya, tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu Akmal menempelak tindakan sindiran Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dan memintanya untuk menjelaskan maksud kiasan yang dikongsi di media sosialnya.

“Perbuatan melontarkan sindiran bukan tindakan yang dilakukan seorang lelaki sejati.

“Saya minta Yang Berhormat (YB) untuk beritahu secara terus apa maksud kiasan YB ya. Kias-kias ini bukan anak jantan YB. Kalau tak sanggup nak beritahu, kita jumpa 6 Januari ini untuk kita tanya YB secara depan-depan ya,” katanya.

Sebelum ini Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menghantar kata-kata kiasan membabitkan haiwan seperti ayam dan biawak.

Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.” kias Ahmad Fahdli tanpa memberi sebarang penjelasan.

Kiasan itu dikongsi Ahmad Fahdli sejurus Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan kenyataan pembatalan Himpunan Solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada 6 Januari ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang Di-pertuan Agong (YDPA) terdahulu. – 4 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related