Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Arab Saudi kerana miliki ganja

Pelawak itu mungkin akan dibebaskan lebih awal dari tempoh hukuman sekiranya berkelakuan baik

6:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, pada Oktober lalu kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara berkenaan.

Hukuman itu dilaporkan diputuskan dalam perbicaraan pada November.

Bagaimanapun dia mungkin akan dibebaskan lebih awal dari tempoh hukuman sekiranya berkelakuan baik, lapor BH Online, yang memetik sumber.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” lapornya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai seorang pelawak yang ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, dua bulan lalu selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunai umrah.

Pelawak terbabit dari sebuah kumpulan yang berstatus legenda dan dilaporkan tidak berada bersama dalam beberapa persembahan kumpulan terbabit.

Kehilangannya disedari sejak pertengahan November lalu, ketika mereka mengadakan persembahan antaranya di Sabah.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sebelum ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related