2 pegawai polis diturun pangkat, jalin hubungan intim dan poligami tanpa kebenaran: JIIPS

Bagi kesalahan syariah tiada tindakan buang kerja dilakukan

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis telah diturunkan pangkat kerana menjalinkan hubungan intim dan poligami tanpa kebenaran sepanjang tahun lalu, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Menurut Azri, ia bagi kesalahan syariah namun tiada tindakan buang kerja dilakukan.

Beliau juga memaklumkan, seramai 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dikenakan tindakan buang kerja kerana terlibat dengan salah laku bagi tempoh berkenaan.

Beliau memberitahu, kebanyakannya dalam kalangan mereka yang terbabit dalam isu narkotik dan disabit kesalahan oleh mahkamah.

“Daripada 147 yang dibuang kerja sehingga 31 Disember tahun lalu, kesalahan paling banyak adalah terlibat dalam dadah seramai 64 orang.

“Manakala 56 adalah kesalahan kategori integriti, disabitkan kesalahan jenayah (24), dan tiga lagi kes adalah berkaitan rasuah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah kepada pemangkunya Datuk Md Nazri Zawawi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Melaka, hari ini.

Mengulas lanjut Azri berkata, sepanjang 2024 setakat November lalu, sebanyak 1,957 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan 1,373 Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) telah dibuka.

“Dalam tempoh sama, seramai 1,212 orang telah dijatuhkan hukuman tatatertib meningkat 26 orang berbanding 1,238 pada 2023,” tambahnya.

Bagi statistik kematian orang dalam tahanan polis, Azri memberitahu, sebanyak 25 kes kematian direkodkan tahun lalu meningkat tiga kes berbanding 22 kes dua tahun lalu.

Justeru, Azri berkata semua jabatan yang terlibat dengan aspek penyiasatan dan pengurusan tahanan perlu terus peka dan mematuhi undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP).

Ia bagi menghindari kematian orang dalam tahanan meskipin majoriti kes kematian melibatkan penagih dadah yang mempunyai komplikasi penyakit. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related