Mayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang sejak 19 Disember

Tiga suspek termasuk teman lelaki mangsa telah ditangkap dan direman selama enam hari

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis percaya mayat yang ditemui di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Kajang, mempunyai kaitan dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, yang dilaporkan hilang pada 22 Disember lalu di Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya berkata, susulan itu tiga suspek berusia dalam lingkungan 16, 20 dan 51 tahun telah ditangkap termasuk teman lelaki mangsa dan mereka direman selama enam hari mulai hari ini.

Menurut Hussein, mayat berkenaan telah reput dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal dan bedah siasat dijalankan di Hospital Banting.

Beliau memberitahu, kehilangan mangsa telah dibuat oleh teman lelakinya dan dalam laporan berkenaan, suspek memberitahu remaja itu tidak dapat dikesan sejak petang 19 Disember.

“Polis kemudiannya membuka siasatan kepada orang hilang (OH) dan ekoran penemuan mayat itu, bahagian siasatan jenayah IPD Kajang telah reklasifikasi siasatan di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

‘Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum mati atau pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali,’’ katanya.

Hussein berkata, polis masih menunggu keputusan analisa DNA untuk pengesahan identiti mangsa.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan, Yap Xin Yuan, dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan bola keranjang Batu 11, Cheras pada 10.30 malam, Khamis lepas.

Berikutan itu, polis telah meminta bantuan ramai untuk mengesan Xin Yuan, yang kali terakhir dilihat memakai baju tarian singa berwarna merah.

Dia mempunyai ketinggain 155 sentimeter, berbadan kurus dan memakai pendakap gigi. – 31 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related