Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil halal: Jakim

Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negara ini masih bersifat sukarela

4:54 PM MYT

 

PUTRAJAYA Tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Sirajuddin Suhaimee.

Beliau berkata permohonan SPHM terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan piawaian, standard serta perundangan yang berkuat kuasa. 

“Ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang sijl melalui tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung tindakan satu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewajibkan pengusaha premis makanan dan minuman memiliki SPHM sebelum memperbaharu lesen perniagaan, Sirajuddin berkata ia merupakan usaha PBT berkenaan untuk meningkatkan bilangan pemegang SPHM di bawah pentadbirannya.

Namun, beliau berkata pihaknya berharap agar PBT terbabit dapat memberikan penjelasan yang tuntas dan menyeluruh bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengusaha dan orang ramai.

Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri sentiasa bertindak aktif menggalakkan pengusaha memohon SPHM dan dalam masa yang sama, menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai agensi pembimbing pada peringkat Persekutuan dan negeri. 

“Hal ini kerana sebagai pemegang SPHM, ia akan memberi jaminan kualiti kepada produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan dan nilai tambah kepada perniagaan dalam memperluas pasaran,” katanya. – 29 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Related