Sambutan Krismas: PAS akan ambil tindakan undang-undang ke atas Nga Kor Ming

PAS menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang susulan tohmahan dayus dan fitnah jahat

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung dakwaannya bahawa parti itu sesat susulan kontroversi sambutan perayaan Krismas yang dianjurkan kementerian itu, baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya berkata, parti itu memandang serius kenyataan melampau dan penuh emosi Kor Ming yang menyifatkan PAS sebuah parti ‘sesat’, ‘menyebar ajaran sesat’, ‘merosakkan keharmonian masyarakat’ dan ‘menyekat sambutan Krismas’.

“Justeru atas tohmahan dayus dan fitnah jahat yang jelas ini PAS menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri berkenaan.

“Ledakan emosi yang melulu dan tidak terkawal ini dipercayai berpunca daripada teguran dan kemusykilan ditimbulkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Hanif Jamaluddin, berhubung kehadiran orang Islam dalam majlis sambutan Krismas anjuran kementerian itu baru-baru ini.

“Susulan kenyataan itu, KPKT (Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan) mengeluarkan kenyataan balas yang sepatutnya menjelaskan keadaan, namun nampaknya ia menempelak pula kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP menempelak PAS atas sikap hipokrit parti itu berhubung sambutan Hari Krismas yang diadakan di pejabat KPKT di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau dilaporkan berkata, parti itu dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya apabila memberi kenyataan bercanggah berkaitan perayaan berkenaan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menambah, sejarah membuktikan sejak selepas kemerdekaan negara, tidak pernah berlaku di kementerian mahupun agensi kerajaan menganjurkan program perayaan keagamaan selain daripada Islam secara terbuka di premis kerajaan, apatah lagi turut membabitkan pegawai dan kakitangan yang beragama Islam.

Berikutan itu, PAS menggesa KPKT atau mana-mana pihak lain supaya lebih peka dan berhati-hati pada masa akan datang dalam isu membabitkan hukum-hakam agama termasuk dalam sambutan perayaan.

Ini kerana menurutnya, sikap sambil lewa, tidak peduli dan tidak sensitif bukan sahaja boleh membawa kesan buruk kepada orang Islam, tetapi juga hubungan baik antara kaum dan agama.

“PAS meletakkan liabiliti sepenuhnya kepada pemimpin DAP yang menjadi menteri ini sekiranya akibat keceluparannya akan mencetuskan ketegangan dan mengulangi sejarah hitam dalam negara yang tidak pun menguntungkan mana-mana pihak.

“Di sebalik cakap berdegar-degarnya mengenai keharmonian, perpaduan, kesatuan dalam kepelbagaian, saling menghormati dan sebagainya, beliau sendiri sebenarnya tanpa segan silu melanggar dan mencabar bukan sahaja bidang kuasa pihak berkuasa agama di negara ini, malah secara terang-terangan mencampuri urusan agama Islam.

“Dengan menyebut PAS bukan sahaja ‘sesat’ tetapi ‘menyebarkan ajaran sesat’, Nga Kor Ming dianggap turut melanggar hak dan sempadan kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja sebagai ketua agama Islam, mencabar bidang kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak berkuasa agama yang bertanggungjawab ke atas penentuan status keagamaan mana-mana orang atau kumpulan orang Islam,” katanya.

Semalam, Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP menempelak PAS atas sikap hipokrit parti itu berhubung sambutan Hari Krismas yang diadakan di pejabat KPKT di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau dilaporkan berkata, parti itu dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya apabila memberi kenyataan bercanggah berkaitan perayaan berkenaan. – 29 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related