‘Tinggalkan kerajaan jika berprinsip’ PAS Melaka cabar Akmal Saleh

Sekiranya benar Dr Akmal seorang wakil rakyat yang berprinsip, beliau sepatutnya malu kerana bekerjasama dengan DAP, kata Ahmad Bilal

8:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis meninggalkan Umno kerana memprotes pengkhianatan yang dilakukan oleh presiden Umno terhadap parti itu dan orang Melayu.

Justeru, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Ahmad Bilal Rahudin, tuduhan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh bahawa Jailani adalah ‘katak’ sebagai tidak menepati fakta sebenar dan bertujuan mencemar reputasi Adun berkenaan.

Akmal yang juga Adun Merlimau menyifatkan Jailani sebagai katak dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka baru-baru ini.

Malah menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Akmal mengulangi panggilan ‘katak’ yang disifatkan telah disucikan malah berhijrah ke parti lain.

“PAS Negeri Melaka ingin mengingatkan Dr. Akmal, sekiranya benar beliau seseorang wakil rakyat yang berpegang teguh pada prinsip perjuangan yang jelas beliau sepatutnya malu kerana bekerjasama dengan DAP.

“Akmal juga sepatutnya meninggalkan kerajaan yang bekerjasama dengan DAP ini jika beliau benar-benar berprinsip.

“Tindakan Jailani yang meninggalkan Umno itu sebenarnya menepati prinsip perjuangan yang sebenar setelah seluruh warga Umno hanya berdiam diri apabila Presidennya sendiri melanggar keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang menetapkan bahawa ‘No Anwar, No DAP’,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada 5 Ogos lalu, Jailani menegaskan beliau menyertai PAS kerana tidak mahu berkawan secara paksa dengan DAP yang kini bersama Umno dalam gabungan kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, beliau sensitif apabila Umno memilih untuk bekerjasama dengan DAP meskipun pada awalnya sudah dijanjikan kepimpinan tinggi parti itu bahawa kerjasama tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

Berikutan itu, Umno menyerahkan surat tuntutan kepada Jailani bagi menuntut bayaran denda sebanyak RM100 juta berikutan tindakannya menyertai PAS.

Sementara itu, Ahmad Bilal berkata, tuduhan ‘katak’ hanya merendahkan nilai demokrasi dan mencerminkan kedangkalan dalam memahami landskap politik yang dinamik.

“PAS akan terus komited dengan prinsip perjuangannya dan akan memperjuangkan kepentingan Islam, negara dan rakyat Malaysia tanpa sebarang kompromi,’’ katanya. – 28 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related