Kerajaan gesa penyedia platform hormati undang-undang, segera mula proses pelesenan

Tarikh kuat kuasa pelesenan bagi penyedia platform media sosial adalah pada 1 Januari 2025

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggesa penyedia perkhidmatan media sosial yang masih belum memulakan proses pelesenan agar segera berbuat demikian sebelum 1 Januari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata penyedia perkhidmatan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung perkara tersebut.

“Setakat ini deadline untuk lesen kuat kuasa adalah pada 1 Januari (2025).

“Kita ucap terima kasih kepada Tencent (WeChat) dan Telegram kerana sudi bekerjasama mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh MCMC.

“Saya harap platform-platform yang lain akan ikut, kalau mereka berhasrat memberi perkhidmatan di Malaysia dan dalam masa yang sama dapat keuntungan apabila warga Malaysia membayar pengiklanan (kepada mereka)… jadi saya harap mereka menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Seni Madani & Finas di Rumah Pangsa DBKL Setapak Jaya di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Teo menziarahi pelakon veteran, Sathia, 60, di kediamannya dan turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan daripada kementerian, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ogos lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Langkah itu akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenalkan. – 27 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related