JHEV bidas 2 pertubuhan, api-apikan isu kiraan pencen veteran ATM

KP JHEV telah memberikan penjelasan mengenai formula pengiraan pencen bagi 2024 namun ia tidak dipersetujui oleh wakil pertubuhan

4:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyifatkan dua pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Veteran 2012 sebagai entiti tidak sah untuk melaksanakan aktiviti veteran termasuk berkaitan isu pelarasan pencen.

JHEV dalam kenyataannya juga mengambil maklum mengenai tohmahan dan fitnah terhadap Ketua Jabatan dan agensi itu yang didakwa diapi-apikan oleh dua pertubuhan berkenaan iaitu Persatuan Pembela Pejuang Malaysia (PPPM) dan Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM).

Jelasnya, tanpa sebarang permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah JHEV ATM, PPPM menyeru veteran ATM untuk berhimpun bagi bagi membantah pengiraan pencen ATM yang didakwa bercanggah dengan PPAT 1982.

“Mana-mana Veteran ATM yang gagal hadir perhimpunan akan dianggap sebagai bersetuju dengan tiada tunggakan pelarasan pencen yang hendak dituntut dari kerajaan kelak, di mana kesannya akan merugikan keluarga veteran tersebut masing-masing.

“Bagi menjaga nama baik jabatan dan persatuan-persatuan Veteran ATM, jabatan akan membuat aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kementerian Komunikasi bagi mengekang tindakan buli siber ini.

“JHEV ATM juga akan meneliti tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang terlibat dengan isu tohmahan dan buli siber di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,’’ kata JHEV ATM menerusi satu kenyataan semalam.

Baru-baru ini, media melaporkan kira-kira 30 veteran ATM hadir ke pejabat JHEV Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan berhubung kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA.

Kebanyakan mereka mendakwa tidak menerima lapan peratus kenaikan pelarasan pencen seperti yang dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini.

Menurut JHEV, dalam pertemuan yang berlangsung pada 20 Disember lalu, KP JHEV telah memberikan penjelasan mengenai formula pengiraan pencen bagi 2024 namun ia tidak dipersetujui oleh wakil pertubuhan.

“Bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan, KP JHEV dengan hormat menolak cadangan pertemuan kedua dengan kumpulan tersebut pada 23 Disember lalu dan mengesyorkan supaya perhimpunan itu tidak diteruskan kerana tidak mendapat kebenaran rasmi daripada PDRM serta bakal mengundang masalah jika ditahan kelak,” katanya.

JHEV turut menegaskan kepada mana-mana veteran ATM yang memerlukan penjelasan boleh menggunakan saluran rasmi jabatan serta menggunakan formula pengiraan pencen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“JIka terdapat kekeliruan, mana-mana veteran hanya perlu membuat aduan dan semakan semula tanpa perlu berhimpun di Ibu Pejabat JHEV semata-mata untuk mendapatkan penjelasan,” katanya. – 26 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related