‘Rakyat berhak dapat jawapan’ kerajaan beri kerjasama penuh jika pencarian MH370 berhasil: PM

'Kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari MH370, tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat,' kata PM

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan dalam mencari pesawat MH370 yang hilang pada 2014 tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinantikan selama ini.

Ini kerana, kata beliau, bukan sahaja keluarga dan waris malah malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan akan segala persoalan.

“Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.

“Pandangan saya, kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari MH370, tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat.

“Justeru itu, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Jemaah Menteri pada 13 November lalu secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.

Beliau berkata, operasi pencarian itu akan tertumpu di satu lokasi baharu dianggarkan berkeluasan 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

“Mengikut prinsip ini, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat itu jika tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.

“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik.

“Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh dan wajar diteliti oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370,” katanya. – 25 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related