Pelajar dari UK teruja sambut Hari Natal di Malaysia meskipun berjauh dari keluarga

Lynette Francis ketepikan perasaan sedih demi pendidikan dan akan tetap meraikan dengan rakan-rakan di Malaysia yang dianggap seperti ahli keluarga

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertama kali menyambut perayaan Hari Natal tanpa keluarga di sisi, seorang pelajar dari Manchester, United Kingdom tetap teruja meraikannya bersama rakan-rakan di Malaysia yang dianggap seperti keluarga sendiri.

Lynette Francis, 20, ketika ditemui Scoop berkata, meskipun ada perasaan sedih namun dia mengetepikan perasaan berkenaan demi kerana mahu menuntut ilmu.

Francis menyambung pengajian dalam bidang undang-undang sejak empat bulan lalu di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Subang Jaya.

“Ini merupakan kali pertama saya berjauhan sambut Krismas dengan keluarga, sejak empat bulan saya menetap di Kuala Lumpur menyambung pengajian di negara ini.

“Walaupun memang ada sedikit rasa sedih sebab terpisah dengan keluarga tapi saya tetap gembira dan teruja, tak sabar nak sambut krismas dengan rakan-rakan di sini,” katanya.

Francis ditemui ketika turut sama membantu menghias Gereja Our Lady of Fatima di Brickfields, di sini.

Menurutnya, dia memilih untuk belajar di Malaysia kerana teruja dengan keunikan serta kehidupan harmoni di negara ini.

“Masa saya nak sambung belajar dulu, memang saya pilih Malaysia sebab keunikan budaya yang ada di sini selain kehidupan harmoni yang diamalkan masyarakat berbilang kaum di sini,” katanya yang akan kembali ke Manchester selepas menamatkan pengajiannya pada Ogos tahun depan.

Father Andrew Manickam hanya akan pulang ke Butterworth, Pulau Pinang pada tahun baharu. – Gambar Juliana Johar, 25 Disember, 2024

Sementara itu, Father Andrew Manickam, 60, yang sudah 15 tahun berhijrah ke ibu kota berkata kebiasaannya menjelang malam Krismas dia memberikan ceramah yang diadakan sebanyak tiga sesi dalam bahasa Inggeris dan bahasa Tamil sebagai memenuhi permintaan komuniti setempat.

Menurutnya, Gereja Our Lady of Fatima sentiasa menjadi tumpuan lebih-lebih lagi bagi golongan expatriate dan pelancong luar negara yang turut sama meraikan sambutan Krismas di situ.

“Memandangkan kedudukan gereja ini terletak di tengah-tengah ibu kota, jadi ia sentiasa menjadi tumpuan ramai dan disebabkan itu kami mengadakan sesi ceramah (mass) dalam English dan Tamil, mengikut permintaan komuniti di sini.

“Kebiasaannya saya akan pulang ke kampung di Butterworth, Pulau Pinang selepas tahun baharu, kerana ketika itu baharu jadual saya free.

“Ia tidak menjadi masalah buat saya, malah keluarga cukup memahami bahawa saya diperlukan di sini,” katanya.

Pandora Nathan tidak sabar untuk menikmati masakannya iaitu kambing varuval dan ayam panggang. – Gambar Juliana Johar, 25 Disember, 2024

Manakala ahli farmasi, Pandora Nathan, 25, pula kebiasaannya akan mengambil cuti beberapa hari sebelum hari perayaan bagi membantu menghias dekorasi di gereja bersama rakan-rakan lain.

Menurutnya, antara agenda utama yang paling dinantikan adalah berkumpul bersama keluarga sambil menikmati ‘makan besar’ pada malam perayaan Hari Natal.

“Sudah pastinya perkara yang saya suka tentang sambutan Krismas ialah dapat berkumpul bersama-sama keluarga selepas sibuk bekerja dan bertukar hadiah dengan mereka.

“Yang paling penting, saya tak sabar nak makan juadah wajib hari Krismas ibu saya iaitu lauk kambing varuval di samping hidangan lain seperti ayam panggang,” katanya. – 25 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related