Kejam! Dua ekor kucing dibunuh, kaki dipotong manakala perut dibelah di dalam kampus UM

Laporan polis telah dibuat oleh Kesatuan Pelajar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM (KMUM FPE) semalam

12:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua ekor kucing telah diperlakukan dengan kejam apabila keempat-empat kakinya dipotong manakala perutnya dibelah, dalam kejadian yang berlaku di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi di Universiti Malaya (UM).

Ia didedahkan oleh seorang netizen, Caroline Lim menerusi akaun Facebook Cat Lovers Group Malaysia bagi mencari pelaku kejam yang tidak berhati perut itu.

“Kes dera kucing berlaku di UM business school campus. Dua ekor kucing telah dianiaya akibat dipotong keempat-empat kakinya dan dibelah perut.

“Mohon viralkan kes ni dan sesiapa yang ternampak atau mendapati bukti, mohon report kepada pihak perkenaan,’’ demikian tulis Caroline dan hantaran tersebut kini tular di media sosial.

Dalam pada itu, Kesatuan Pelajar Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (KMUM FPE) berkata kejadian itu berlaku pada 12 dan 16 Disember lalu dengan bangkai kucing itu ditemui di tingkat satu dan di kawasan rumput di sebelah Bangunan Azman Hashim.

Berikutan itu, dua wakil KMUM FPE, iaitu Vincent Ng dan Kaven Khoo telah membuat laporan polis semalam.

Dalam kenyataannya, KMUM FPE berkata, pasukan veterinar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga datang ke fakulti berkenaan pada 4 petang semalam untuk menjalankan siasatan.

Tindakan lanjut, katanya, dijangka diambil hari ini.

“Laporan polis ini dibuat sebagai langkah memastikan kesejahteraan semua pelajar dan pada masa sama kami mendesak semua pengurusan kampus untuk melihat perkara ini dengan serius.

“Kami ingin menekankan bahawa insiden-insiden sebegini tidak boleh dibiarkan berulang. Pelajar yang mempunyai sebarang bukti atau maklumat berkaitan digesa tampil menghubungi kami.

“Kami juga ingin menasihatkan pelajar untuk mengelak diri daripada berada seorang diri di kawasan fakulti pada waktu malam kerana keselamatan anda adalah sentiasa menjadi keutamaan,’’ kata KMUM FPE.

Dalam pada itu, UM engggan mengeluas lanjut mengenai perkara tersebut memandangkan ia telah dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“UM akan terus memantau perkembangan ini dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkenaan bagi memastikan isu ini ditangani dengan sewajarnya,” kata UM dalam satu kenyataan. – 18 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related