Pemandu Grab dipuji, sanggup bersusah payah kembalikan semula beg laptop

Seorang pengguna akaun X menceritakan pengalaman bagaimana seorang pemandu e-hailing yang jujur, sanggup memandu dari Cyberjaya ke Petaling Jaya semata-mata untuk memulangkan beg laptop kepadanya

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tindakan seorang pemandu Grab yang sanggup bersusah payah demi mengesan dan mendapatkan semula beg laptop milik pelanggannya telah mendapat pujian ramai.

Pengguna akaun X @arfdy12 ketika berkongsi kisahnya mengenai kehilangan beg tersebut, turut memuji pemandu Grab yang tidak dinamakan itu, sambil menambah dia memberikan tip sebanyak RM100 kepadanya.

Ini kerana pemandu Grab itu jujur dan sanggup bertungkus lumus mencari semula beg laptopnya yang berwarna biru gelap, yang telah diambil oleh penumpang selepasnya.

@arfdy12 berkata meskipun tiada laptop di dalamnya, namun beg mengandungi dokumen penting.

Menurutnya, dia sebelum itu menempah Grab untuk perjalanan dari Publika di Kuala Lumpur ke Petaling Jaya dan dalam perjalanan, dia telah mengeluarkan laptop itu untuk mesyuarat dalam talian.

@arfdy12 kemudiannya terus keluar dari kenderaan itu dalam keadaan laptop yang masih terbuka, tetapi terlupa beg yang diletakkan di kerusi belakang.

Dia hanya menyedarinya selepas mesyuarat dalam talian itu berakhir.

“Dah habis meeting online, nak simpan laptop tengok bag takda. Alamak.

“Terus buka grab app. tengok chat masih remains open. fuhh baru tahu ada deadline 2 jam lepas your trip.

“Terus share phone number. Risau driver tak baca chat. Faham grab driver ni lepas hantar kita bukan dia duduk melepak main phone. confirm tengah drive bawa passenger lain. kalau kita call pun tak galakkan sebab dia tengah kerja,” katanya.

Pemandu Grab itu mengesahkan laptop tersebut tidak berada di dalam kenderaan terbabit dan kemudiannya memaklumkan dia akan menghubungi penumpang yang dihantar selepas itu, ke Cyberjaya.

“Dia call balik cakap ada dengan penumpang Cyberjaya. Dia dah marah penumpang itu kenapa ambil beg orang lain. Pelanggan itu minta tips kalau nak kembalikan.

“Pemandu cakap kepada saya semasa panggilan ‘jangan bimbang, saya sudah marah dia. Awak ambil barang orang punya, lagi minta tips. gila. Dia cakap sama saya tiada tips’,” katanya.

Pemandu berkenaan sanggup ke Cyberjaya dari Shah Alam untuk mengambil beg berkenaan dan kemudiannya menghantar semula kepada @arfdy12.

Jelasnya, semasa dalam perjalanan, pemandu Grab berkenaan juga memohon untuk mengadakan panggilan video bagi membolehkan @arfdy12 memeriksa barang-barang di dalam beg tersebut.

“I bagi tips sikit, happy punya pasal. syukur dapat driver macam ni. Rakyat Malaysia selalunya semua jujur dan suka tolong menolong,’’ katanya. – 18 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related