Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN: Ahmad Samsuri

Selian bukan faktor peribadi, beliau turut menjelaskan ia tiada kaitan dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada PN, semalam

5:16 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan bahawa peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.

Sebaliknya, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata tindakan itu bertujuan memperkukuh PN supaya menjadi pakatan politik yang lebih kuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Tidak berlaku keretakan apa-apa. Cuma kita (PN) sedang mencari jalan untuk memperkukuh PN…baca saya punya komen dalam Facebook yang saya petik (quote) dari Kareem Abdul-Jabbar. Kalau boleh tafsir…tafsir dari itulah,” katanya kepada media selepas Majlis Imaratul Ilmi Ke-5 Kolej Al-Quran Terengganu di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu Datuk Satiful Bahari Mamat.

Ditanya sama ada tindakannya meletak jawatan didorong oleh isu atau masalah peribadi, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi untuk menyelesaikan perkara tersebut dan turut menjelaskan keputusan mengejutnya itu juga tiada kaitan dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada PN, semalam.

Pada Rabu lepas, Ahmad Samsuri menerusi kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan PAS Pusat mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Bendahari Agung PN. – 15 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related