Jenazah bayi beku: Ibu bapa disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor

Mohd Sabirin berkata pihaknya masih menjejak pasangan berkenaan termasuk mendapatkan sumber yang mengeluarkan kisah mereka

9:16 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata pihaknya masih menjejak pasangan berkenaan termasuk mendapatkan sumber yang mengeluarkan kisah mereka. 

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas mengenainya. 

“Kami cuba jejak dan jika (pasangan itu) dapat tampil, itu akan lagi cepatkan proses (bantuan). Jadi insya-Allah kita akan bantu pasangan ikut kategori yang layak sama ada kategori asnaf gharimin (orang berhutang),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2024 anjuran LZS di sini hari ini.  

Media semalam melaporkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa ‘ditahan’ dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang. 

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ketika ini MAIS menerusi LZS sedang mengesan ibu bapa kepada bayi terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil wakil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular itu.

Beliau memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan semalam dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.  

Sebelum ini, tular menerusi media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil. – 14 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related