SPRM peroleh perintah larang pihak tertentu akses harta 1MDB bernilai RM1.61 bilion di luar negara

Perintah ini juga sekali gus turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh Perintah Larangan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan harta-harta melibatkan dana berkait 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah AS$340 juta (RM1.61 bilion) di luar negara.

Dalam kenyataannya, SPRM berkata, harta berkenaan ketika ini berada dalam simpanan UK Court Fund Office, United Kingdom.

Menurut SPRM, perintah larangan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 10 Disember lalu selepas berpuas hati dengan bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang menunjukkan dana terbabit mempunyai kaitan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

“Perintah ini juga sekali gus turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan,’’ katanya di sini hari ini.

Perintah Larangan ini kata SPRM, dibuat di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLTFPUAA 2001) berdasarkan permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwaan pada 2020.

Sebelum ini, pada 13 Mac 2024, SPRM juga berjaya mendapatkan Perintah Larangan ke atas 41 barangan kemas di Hong Kong bernilai Pound Sterling (GBP) 9,417,842.60 milik Tarek Obaid. – 12 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related