Tarik balik, Gabenor Bank Negara sendiri nafi lulus kenaikan premium insurans: Lim Guan Eng

Gabenor Bank Negara dalam taklimat kepada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan pada 10 Disember lalu di Parlimen menegaskan tiada kelulusan yang diberikan kepada syarikat insurans hayat

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat insurans diminta menarik balik kenaikan 40 hingga 70% bayaran premium insurans perubatan mulai tahun depan selepas Bank Negara menafikan memberikan kelulusan kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, Gabenor Bank Negara dalam taklimat kepada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan pada 10 Disember lalu di Parlimen telah menegaskan tiada kelulusan diberikan kepada syarikat insurans hayat untuk kenaikan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, Bank Negara hanya membuat keputusan mengenai kenaikan 40-70% dalam premium insurans perubatan pada akhir bulan ini.

Justeru, beliau mempersoalkan keabsahan dan kesahihan pemberitahuan kepada pemegang polisi oleh syarikat insurans hayat mengenai kenaikan berkenaan.

“Penafian oleh Bank Negara ini bercanggah dengan kenyataan oleh syarikat insurans hayat bahawa mereka boleh mengeluarkan surat makluman sedemikian kepada pemegang polisi kerana kelulusan awal untuk mengeluarkan notis kenaikan premium 40-70% telah pun diperoleh daripada Bank Negara.

“Oleh itu syarikat insurans hayat harus menunjukkan bukti mereka sememangnya telah mendapat kelulusan seperti itu daripada Bank Negara.

“Atau mereka melakukan perkara yang betul dengan menarik semula makluman kenaikan 40-70% dalam premium insurans perubatan tahun depan,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahli-Ahli Parlimen sebelum ini mendesak Bank Negara menyiasat dan mengkaji semula syarikat-syarikat insurans yang telah mengeluarkan notis kenaikan premium insurans antara 40% hingga 70% tahun depan.

Antara yang lantang bersuara ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara menyiasat isu kenaikan premium insurans itu dengan menubuhkan pasukan petugas bersama.

Tze Tzin turut menggesa badan bebas seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan prosiding dan pendengaran awam.

“Tujuan kami bukan mencari kesalahan mana-mana pihak atau mengongkong keuntungan sektor kesihatan swasta.

“Tujuan kami adalah untuk menyeru kerajaan mencari penyelesaian kepada ekosistem kesihatan swasta dan pembiayaan kesihatan swasta yang mampan. Ia supaya sektor ini berkembang dengan sihat dan mampan,” katanya.

Manakala Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia dalam kenyataan bersama menyatakan penetapan harga semula premium adalah langkah yang tidak dapat dielak.

Katanya, industri insurans dan takaful Malaysia menyaksikan kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah terjadi sebelum ini sebanyak 56% dari 2021 hingga 2023 disebabkan peningkatan kos rawatan perubatan dan kemajuan teknologi kesihatan. – 12 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related