Digantung Umno: ‘Buat apa saya nak merayu’ kata Hishammuddin

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau sehingga kini masih tidak mengetahui sebab keahliannya digantung

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kekal dengan pendirian untuk tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam Umno.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau sehingga kini masih tidak mengetahui sebab
keahliannya digantung.

“Buat apa saya nak merayu, sampai sekarang pun saya tidak tahu mengapa digantung?” katanya ringkas kepada media di Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 25 November lalu, yang menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli Umno berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemasukan semula bekas pemimpin yang dipecat ataupun digantung seperti Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin boleh dipertimbangkan sekiranya mereka membuktikan komitmen seperti yang ditunjukkan Tajuddin.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Tajuddin yang digantung keahlian selama enam tahun sebelum tindakan itu ditarik balik pada 25 November lalu, sudah menghantar empat surat rayuan untuk kembali bersama parti.

Katanya, Tajuddin juga menunjukkan komitmen dan sokongannya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, parti keramat Melayu itu mengalu-alukan bekas pimpinan parti itu termasuk Hishammuddin, Khairy dan Tan Sri Noh Omar untuk kembali sekiranya masih sayang kepada parti.

“Umno dengan hati terbuka menerima balik mana-mana pimpinan terutama mereka yang pernah berjasa.

“Mereka boleh membuat permohonan semula. Namun dengan syarat perlu patuh dengan struktur parti.

“Jika Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menghentam presiden Umno begitu teruk namun diterima semula, ini menunjukkan jiwa besar presiden parti,” katanya.

Pada Januari tahun lalu, Umno memutuskan memecat Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Manakala Hishammuddin dan Shahril Hamdan antara nama besar dalam kepemimpinan Umno yang digantung keahlian selama enam tahun. Turut digantung, bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif. – 11 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related