Wan Fayhsal gesa KKM segera siasat hospital tahan mayat bayi 2 minggu

Selain jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk beku, ibu bayi juga tidak dibenarkan keluar dari wad hospital selagi belum melunaskan bayaran

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) digesa segera melakukan siasatan berhubung tindakan sebuah hospital swasta di Klang, Selangor yang didakwa menahan mayat seorang bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail selama 16 hari berikutan ibu bapanya tidak berkemampuan membayar bil hospital berjumlah RM3,600.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan pihak hospital tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebagai umat Islam, adalah fardhu kifayah untuk segerakan pengebumian mana-mana jenazah…jasad mayat bayi (ditahan) dua minggu (dalam peti sejuk beku hospital) tak sepatutnya berlaku.

“Kenapa pihak pengurusan hospital boleh izinkan perkara ini berlaku ke atas jenazah bayi tersebut.

“Kami tuntut KKM siasat sehingga ke lubang cacing apa sebenarnya telah berlaku sama ada tindakan tatatertib atau undang-undang (diambil dalam) menguruskan kes ini, (sama ada ia adalah) kecuaian atau ketidakperimanusiaan terhadap keluarga Allahyaraham Muhammad Adham Mikail,” katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihak pengurusan hospital sewajarnya bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan walaupun dikhabarkan premis tersebut sedang dalam proses pertukaran pemilikan.

Malah, syarikat Kumpulan TDM Bhd (TDM) juga sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan sebarang keputusan melibatkan operasi hospital berkenaan masih tertakluk kepada pemilik asal kerana perubahan pemilikan masih belum dimuktamadkan kedua-dua belah pihak.

“Siapa yang seharusnya bertanggungjawab… hospital sedang diambil kira belum dimuktamadkan pemilikan. TDM juga sudah maklumkan tidak ada tanggungjawab pengurusan buat masa ini, (kerana) ia masih lagi di bawah pengurusan pemilik hospital pada masa ini.

“(Seharusnya) di atas prinsip kemanusiaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), mereka (pemilik hospital) seharusnya mempunyai perasaan… bayi yang meninggal ini perlu diuruskan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan jenazah seorang bayi lelaki yang terpaksa disimpan di dalam peti sejuk beku selama dua minggu sejak 24 November lalu gara-gara ibu bapanya tidak mampu membayar kos kelahiran di sebuah hospital swasta.

Perkara itu didedahkan oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Wan Cai di laman sosial.

Menurut Wan Cai, mereka terpaksa menggunakan air panas yang dicampurkan dengan air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi jenazah bayi berkenaan.

Selain jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk beku, dia turut mendakwa ibu bayi berkenaan juga tidak dibenarkan keluar dari wad hospital selagi belum melunaskan bayaran bil. – 11 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related