Istana Pahang nafi perkahwinan Tengku Hassanal April tahun depan

Hantaran palsu itu dimuat naik seorang wanita di akaun Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1)

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Istana Pahang menafikan sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita pada April tahun depan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, hantaran palsu itu dimuat naik seorang wanita di akaun Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1).

“Menurut hantaran di story Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota sebagai pasangannya.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai diminta agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.

Dalam pada itu, Mohamed Zahari berkata, tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

Sebelum ini pada 3 Oktober lalu, Istana Pahang menafikan khabar angin berkenaan istiadat Perkahwinan Diraja yang membabitkan Tengku Mahkota Pahang dengan seorang wanita seperti yang tular di media sosial.

Dakwaan itu mula tersebar selepas satu hantaran dimuat naik di Instagram oleh pengguna yang menggunakan nama akaun “Farida.1111111” pada 24 September.

Hantaran itu memaparkan kononnya maklumat tentang ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’. – 10 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related