RUU Komunikasi dan Multimedia 2024: suara rakyat dalam bentuk kreatif dihormati, kata Altimet

Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah, kebencian atau memperlekehkan maruah individu, kata Altimet

9:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 diharapkan tidak hanya memberi ruang untuk dialog yang lebih terbuka malah memberii jaminan kepada rakyat bahawa kritikan yang membina walaupun dalam bentuk humor diterima sebagai sebahagian proses demokrasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet bagaimanapun berkata, pindaan itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengiktiraf suara rakyat dalam bentuk kreatif seperti satira dan parodi.

“Pindaan ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap prinsip demokrasi, di mana suara rakyat, termasuk dalam bentuk kreatif seperti satira dan parodi dihormati dan diiktiraf.

“Kita juga perlu sedar tiada kebebasan yang mutlak dan ia masih diimbangi dengan tanggungjawab.

“Kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah, kebencian, atau memperlekehkan maruah individu,’’ katanya kepada Scoop.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengenai RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Menurut Syahredzan, ia membawa perubahan besar kepada tafsiran undang-undang berkaitan kandungan dalam talian termasuk pengiktirafan terhadap satira dan parodi.

Syahredzan berkata, pindaan itu menunjukkan langkah positif kerajaan dalam melindungi ekspresi kreatif dan kritikan.

Beliau merujuk kepada Fasal 91 RUU tersebut yang memperkenalkan ‘huraian’ baharu untuk memperjelaskan elemen seperti lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya.

“Huraian itu menyatakan bahawa kandungan berbentuk satira atau parodi atau yang jelas bersifat fiksyen tidak boleh dianggap sebagai palsu dan jika diluluskan, ini akan memberi perlindungan lebih baik kepada seni dan kritikan,” katanya.

Dalam pada itu, Altimet turut memetik kata-kata Maharaja Rome ke-16, Marcus Aurelius iaitu ‘you always own the option of having no opinion’.

“Ia mengingatkan kita sentiasa mempunyai kuasa untuk memilih bagaimana kita bertindak balas terhadap sesuatu perkara.

“Kita tidak wajib memberikan pendapat atau reaksi terhadap setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita.

“Dengan memilih untuk tidak memberikan pendapat, kita sebenarnya melatih kawalan diri dan mencegah diri daripada terlibat dalam konflik atau emosi yang tidak perlu,’’ katanya. – 5 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related