Kisah peniaga teh dihina: ‘ia contoh keangkuhan orang yang faham agama’ : PM

'Saya berasa aneh, luar biasa tapi bagi saya pengajaran yang menginsafkan' kata Anwar

11:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kisah peniaga teh jalanan yang dihina oleh seorang pendakwah di Indonesia, yang tular baru-baru ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menyampaikan amanat dalam perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, Anwar turut menyentuh mengenai kisah berkenaan selepas menerima klip video yang tular itu daripada rakannya di Indonesia.

Menurut Anwar, ia memberikan keinsafan bagaimana keangkuhan dan kesombongan boleh berlaku dalam kalangan mereka yang memahami agama dan sering memperkatakan mengenai Islam, akidah dan solat.

“Di indonesia beberapa hari lepas riuh rendah di media sosial, seorang kiyai dalam dakwah menghina seorang penjual teh. Teman Indonesia kirim (video).

“Satu penghinaan, orang jual teh, yang paling miskin.

“Pendakwah dengan ketawa (menghina) sehingga Presiden Prabowo (Subianto) bagi kenyataan agak keras dan akhirnya pendakwah itu berkunjung ke daerah penjaja itu dan mohon maaf.

“Ini contoh, keangkuhan, sombong itu kadang-kadang bukan sahaja di kalangan orang tak tahu agama. Orang yang faham agama, yang bicara tentang islam, akidah, solat (dan), sunat kadang-kadang boleh menghina.

“Saya berasa aneh, luar biasa tapi bagi saya pengajaran yang menginsafkan,’’ katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh mengenai klip tular melibatkan seorang peniaga teh jalanan di Indonesia yang dihina oleh seorang pendakwah hingga mencetuskan kontroversi di negara berkenaan. – Tangkap layar dai Facebook, 5 Disember, 2024

Beberapa hari lepas kecoh di media sosial termasuk di negara ini apabila seorang peniaga teh dihina oleh seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Miftah Maulana Habiburrahman yang juga Utusan Khas Presiden dalam Bidang Keharmonian Beragama.

Miftah Maulana atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah menerusi klip itu keolah menghina peniaga terbabit dan bercakap kasar kepadanya ketika berada di sebuah pentas program ceramahnya.

Berikutan itu Miftah, menerima kecaman menerusi akaun X dan Instragramnya.

Keadaan itu mendapat perhatian daripada Presiden Prabowo Subianto yang mengarahkan Setiausaha Kabinet menyampaikan amaran kepada pendakwah terbabit dan memintanya memohon maaf dengan segera kepada peniaga teh dikenali sebagai Sunhaji yang nyata terguris dengan penghinaan berkenaan.

Berikutan itu, Miftah Maulana terpaksa memohon maaf dan menjelaskan beliau hanya mahu ‘bergurau’ ketika mengungkapkan perkataan itu kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.

Peniaga itu menjadi tular dengan banyak pihak memberikan sumbangan kepadanya malah ada yang menawarkannya untuk mengerjakan umrah. – 5 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related