Insurans: mana keadilan pada warga emas yang setia carum berbelas tahun, soal Ahli Parlimen

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenaikan premium insurans sebanyak 40 hingga 70% pada tahun hadapan bukan sahaja membebankan malah tidak adil terutama kepada  pencarum warga emas yang selama ini setia mencarum dengan syarikat insurans.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin berkata tindakan itu sama sekali merupakan amalan perniagaan tidak adil (unfair business practices), yang mana kesetiaan diberikan pencarum akhirnya menambahkan beban kepada diri mereka sendiri.

Menurutnya, ratusan aduan (147 aduan) telah diterima wakil rakyat yang meminta nasib para pencarum terbela susulan kenaikan tidak masuk akal yang berlaku saban tahun, tanpa memberi sebarang kelebihan kepada pencarum tersebut.

Memberikan contoh satu kes melibatkan seorang pesara wanita berumur 74 tahun, beliau berkata, warga emas itu setia mencarum selama 18 tahun dengan sebuah syarikat insurans.

Namun kini, wanita tersebut katanya melahirkan kebimbangan sudah tidak mampu untuk membayar kenaikan premium yang mendadak saban tahun.

Menurut Tze Zin, jumlah amaun diinsurans warga emas itu hanya RM60,000 dan melebihi jumlah yang telah dibayar wanita berkenaan sejak 18 tahun lalu.

Namun kenaikan melampau setiap tahun dan tahun ini sahaja wanita berkenaan perlu mencarum sebanyak RM10,815 berbanding RM6,065 tahun lalu.

“Sejak 10 tahun lepas premium insurans dia naik setiap tahun, dia sudah bersara sudah tidak mampu membayar tetapi insurans terus naik. Mereka dalam keadaan terdesak, walaupun setia dengan syarikat tapi apa yang mereka dapat?.

“Mereka (Bank Negara Malaysia) perlu perlu masuk campur, hentikan ITO (pengendali takaful) daripada aktiviti perniagaan yang tidak adil ini.

“Mereka (ITO) tidak balas budi (pencarum) sebaliknya mereka (kata) hanya akan pertimbang kenaikan beransur-ansur tahun depan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tze Zin menyeru BNM segera campur tangan berhubung isu kenaikan mendadak premium insurans selaku badan yang mengawal selia syarikat insurans dan ITO mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan.

Jelasnya, semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Mark O’Dell telah mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan arahan BNM yang meminta ITO untuk menyemak strategi penentuan semula harga untuk memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.

“Kenyataan Mark O’Dell bahawa syarikat insurans hanya bersetuju untuk melaksanakan pelarasan harga semula secara beransur-ansur pada masa depan adalah bercanggah dengan kenyataan Bank Negara Malaysia.

“Kami memohon BNM menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. Adakah caruman insurans akan naik seperti yang dirancang oleh ITO? Adakah BNM akan memberi arahan kepada syarikat-syarikat ITO untuk mengkaji semula kenaikan? Apakah tindakan BNM ke atas ITO yang ingkar arahan BNM?

“Kami menyeru BNM menjelaskan keadaan sebenar kerana kekeliruan ini akan menjejaskan nama baik Bank Negara Malaysia. BNM kami lihat sebagai pembela, buatlah terbaik demi rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, BNM mengarahkan ITO untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.

Media sebelum ini melaporkan, premium insurans perubatan dijangka meningkat sehingga 70% tahun depan, menyebabkan sesetengah pemegang polisi tiada pilihan selain mempertimbang menamatkan polisi mereka kerana peningkatan kos bulanan premium.

Sementara itu, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia dalam kenyataan bersama menyatakan penetapan harga semula premium adalah langkah yang tidak dapat dielak.

Katanya, industri insurans dan takaful Malaysia menyaksikan kadar inflasi kos tuntutan perubatan kumulatif yang tidak pernah terjadi sebelum ini sebanyak 56 peratus dari 2021 hingga 2023 disebabkan peningkatan kos rawatan perubatan dan kemajuan teknologi kesihatan. – 4 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related