Kenaikan premium insurans: Ahli Parlimen desak kerajaan campur tangan tegur Bank Negara

Kenaikan itu dikatakan kerana kos perubatan di hospital swasta semakin mahal

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembangkang terus menggesa campur tangan kerajaan untuk ‘menegur’ Bank Negara Malaysia (BNM) agar syarikat insurans tidak menaikkan kadar premium insurans yang membebankan rakyat.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tiada keperluan untuk syarikat menaikkan premium insurans kerana pihak terbabit sudah membuat keuntungan yang banyak.

“Jika kos insurans naik, kos sara hidup naik, rakyat di bawah tertekan, ramai golongan pertengahan yang mengambil insurans bagi perlindungan diri dan keluarga mereka.

“Saya minta Perdana Menteri, tegur-tegurlah Bank Negara, jangan bagi syarikat insurans ini menaikkan kadar premium insuran antara 40 hingga 70% kerana mereka (syarikat insurans) membuat keuntungan yang cukup banyak ketika ini,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Wan Fayhsal berkata, perkara itu sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan rakyat kehilangan polisi insurans kerana mereka tidak mampu membayar premium yang dinaikkan, yang dibenarkan Bank Negara.

“Jadi ini perkara yang tidak baik untuk rakyat, keuntungan yang dibuat pihak insurans contohnya Hong Leong Financial Group, tidak rugi pun malah meningkat keuntungan kumpulan, tiada syarikat insurans yang rugi ketika ini.

“Begitu juga dengan bayaran di hospital-hospital swasta, KPJ Healthcare untung RM1 bilion,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan premium insurans dijangka mengalami kenaikan antara 40 hingga 70% pada tahun hadapan, berdasarkan notis yang dihantar kepada pengguna.

Kenaikan itu dikatakan kerana kos perubatan di hospital swasta semakin mahal.

Susulan itu Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa Bank Negara menyiasat dan mengkaji semula syarikat-syarikat insurans yang telah mengeluarkan notis kenaikan premium insurans antara 40% hingga 70% tahun depan.

Beliau berkata, BNM tidak harus melepaskan tangan dengan alasan ini adalah “business decision” oleh syarikat.

Hari ini, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam) menegaskan kenaikan premium insurans perubatan yang diumumkan untuk tahun depan kekal.

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutifnya Mark O’Dell memberitahu Business Times bahawa syarikat insurans bersetuju untuk melaksanakan pelarasan harga semula secara beransur-ansur pada masa hadapan. – 3 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related