Wan Fayhsal gesa PM salur terus dana banjir pada wakil rakyat, elak birokrasi

Langkah itu boleh mempercepatkan bantuan kepada rakyat, kata Wan Fayhsal

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen pembangkang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peruntukan dana terus kepada wakil rakyat yang berdepan banjir teruk di kawasan mereka, bagi mengelakkan birokrasi.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah itu boleh mempercepatkan bantuan kepada rakyat sekali.

“Kami menuntut jasa baik dan belas ihsan Perdana Menteri, tolonglah sampaikan bantuan peruntukan terus kepada ahli Parlimen yang berdepan banjir teruk.

“Kita lihat di Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang tenggelam habis belako (semua), total lost di banyak tempat, rumah rosak dan sebagainya.

“Kalau kita tak beri bantuan kepada Ahli Parlimen mungkin perkara-perkara yang boleh diselesaikan dalam seminggu akan berlarutan sebulan kerana karenah birokrasi.

“Wakil rakyat ini pemudah cara bantu rakyat di bawah. Kalau wakil rakyat dikesampingkan macam mana bantu rakyat, kerajaan akan dapat nama buruk. Ini bukan masa buat politik, kita mahu keadilan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau juga meminta kepada kerajaan supaya persiapan menghadapi gelombang kedua dan ketiga banjir dilakukan dengan lebih tersusun.

“Kalau mana ada mana-mana pihak kerajaan, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), NGO dan NGI (pertubuhan atau individu bukan kerajaan) yang membantu, saya syorkan tolong hubungi wakil rakyat yang berada di sana.

“Kadang-kadang kita nak beri bantuan baguslah kerana kita nak mileage dan sebagainya. Tapi, kita bagi benda yang terlebih banyak macam makanan, membazir buang begitu sahaja.

“Jadi, saya minta mana-mana pihak termasuk kerajaan tolong hubungi kami. Kalau kami tidak dilibatkan secara langsung, saya fikir kita akan membazir banyak sumber yang boleh digunakan untuk membantu rakyat,” katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan keadaan banjir yang serius di kedua-dua negeri tersebut

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu akan digunakan bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.

Sementara itu Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoalkan peraturan kerajaan dalam memindahkan mangsa banjir.

“Dulu saya menteri yang mengasaskan Nadma, kita telah meletakkan orang boleh berpindah dua hari sebelum banjir, atau pun sehari sebelum banjir.

“Tapi, saya melihat ini berlaku ada di beberapa tempat sekarang, selepas berlaku banjir dan polis mari tengok dulu baru boleh pindah, ini peraturan mana?.

“Jadi, saya nak beritahu perbuatan untuk polis mengesahkan baru boleh pindah itu salah, sebab kita boleh pindah dua hari sebelum banjir,” katanya. – 3 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related