Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik: Fadhlina

Fadhlina berkata, tidak ada calon SPM termasuk di negeri terjejas akibat banjir, tercicir daripada menduduki peperiksaan itu

3:22 PM MYT

 

PASIR MAS – Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata tidak ada calon SPM termasuk di negeri terjejas akibat banjir, tercicir daripada menduduki peperiksaan itu.

“Alhamdulillah, semalam 100 peratus pemindahan calon-calon SPM secara besar-besaran dapat dilaksanakan bersama agensi-agensi keselamatan.

“Kita doakan agar anak-anak kita dapat mengharungi peperiksaan SPM ini dengan baik, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat situasi perjalanan SPM di negeri terjejas di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, di sini, hari ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa proses pemindahan pelajar-pelajar di negeri-negeri terjejas banjir berjaya dilaksanakan dan kini mereka telah ditempatkan di asrama yang jauh lebih baik dan kondusif.

“Ini termasuk calon-calon SPM yang tidak boleh pulang ke negeri asal dan mereka bebas memilih mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan,” katanya sambil menambah sebanyak 37 pusat peperiksaan SPM di Kelantan, telah menjalankan operasi seperti biasa.

Fadhlina berkata segala kemudahan asrama telah dilengkapi dengan semua kapasiti seperti buku-buku, akses kepada komputer dan Internet serta makanan.

Beliau berkata kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar sekolah menjadi tumpuan KPM dan pada fasa dua ini, KPM memfokuskan memberi sokongan psikososial kepada mereka.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kerosakan infrastruktur sekolah akibat banjir, Fadhlina berkata kementeriannya telah ada peruntukan bencana untuk perkara berkenaan.

“Sekarang kita sedang menunggu laporan kerosakan infrastruktur sekolah daripada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan ia dalam pemantauan kami.

“Kesemua kerosakan infrastrukur sekolah ini akan dibaiki sebelum sesi persekolahan bermula bagi memberi keselesaan kondusif kepada anak-anak kita,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai Ops Payung, Fadhlina berkata operasi berkenaan bergerak di semua situasi dan kementeriannya sedang memperkemas serta menambah baik SOP, termasuklah cadangan untuk memberi jaket keselamatan dan bot kepada warga pendidik sekiranya cuaca di luar jangka berlaku di sekolah mereka.

Terdahulu, Fadhlina bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz, melakukan lawatan dan meninjau asrama pelajar sekolah di SMK Sri Kiambang yang dilanda banjir. – 2 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Related