Scoop raih 5 anugerah di MPRA 2024

Kumpulan Big Boom Media raih pelbagai anugerah dalam liputan gaya hidup; isu dan krisis; dan kategori penulisan pendapat

12:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Scoop, produk unggul Big Boom Media, berjaya merangkul lima anugerah dalam tiga kategori pada majlis Anugerah Pehubungan Awam (MPRA) 2024.

Wartawan Irwan Shafrizan Ismail memenangi emas dalam kategori Liputan Gaya Hidup: Media Dalam Talian menerusi laporan bertajuk “Guna TikTok promosi bengkel, Ary jadi kebanggaan Kg Orang Asli Pertak”.

Wartawan Fabian Peter menerima perak untuk artikelnya “Mask on, Game on: Malaysians keep Covid-19 at bay at Paris Olympics”. – Gambar Scoop, 30 November, 2024

Dalam kategori yang sama, wartawan Fabian Peter menerima perak untuk artikel “Mask on, Game on: Malaysians keep Covid-19 at bay at Paris Olympics”.

Turut menyerlah, laporan wartawan Arjun Mohanakrishnan berjudul “What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed for one year” yang meraih gangsa dalam kategori Liputan Isu & Krisis.

Wartawan dari Sandakan, Rebecca Chong pula meraih gangsa dalam kategori yang sama untuk liputan mendalamnya mengenai orang Bajau Laut, komuniti pelaut di Sabah yang berdepan cabaran akibat ketiadaan kerakyatan.

Penolong Pengarang Berita, Julie Jalaluddin memenangi perak dalam kategori Pendapat Pengarang untuk artikelnya “Coldplay in KL: High xyloband return rate shows Malaysia only behind Denmark, Japan in civic-mindedness”.

Pengerusi PRCA, Prof Mohd Said Bani CM Din, berkata pengenalan kategori Media di MPRA 2024 sebagai momen bersejarah yang bertepatan dengan ulang tahun ke-25 PRCA Malaysia.

Penolong Pengarang Berita, Julie Jalaluddin memenangi perak dalam kategori Pendapat Pengarang untuk artikel “Coldplay in KL: High xyloband return rate shows Malaysia only behind Denmark, Japan in civic-mindedness”. – Gambar Scoop, 30 November 2024

“Kategori ini menekankan hubungan simbiotik antara pengamal perhubungan awam dan media, mengiktiraf peranan penting kedua-duanya dalam membentuk naratif, memacu perbincangan bermakna, dan mempengaruhi persepsi awam.

“Dengan meraikan kecemerlangan dalam kewartawanan, penceritaan dan komunikasi yang berkesan, kategori ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi perkongsian antara dua tonggak komunikasi yang saling berkaitan ini,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan Scoop, Said berkata portal yang baru berusia setahun itu memberi kesan yang luar biasa, membawa pulang pelbagai anugerah dan mengukuhkan kehadirannya sebagai kuasa yang menggerunkan dalam landskap media dalam talian.

“Walaupun merupakan jenama yang agak baharu, kejayaan Scoop bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pasukan kuat ini terdiri daripada profesional media berpengalaman, ‘sifu’ dalam bidang mereka, yang membawa bersama berdekad pengalaman dan kepakaran yang tiada tandingannya.

“Kemenangan Scoop menunjukkan kejayaan luar biasa, dengan kumpulan yang terdiri daripada profesional media berpengalaman, mempamerkan inovasi, ketulenan, dan pemahaman mendalam tentang ruang digital,” tambahnya.

Katanya kejayaan ini adalah bukti kerja keras, kreativiti, dan dedikasi kepada penceritaan yang memberi kesan.

Presiden PRCA Prof Mohd Said Bani CM Din Said mengucapkan tahniah kepada Scoop atas kemenangan itu dan berpandangan kehadirannya sebagai portal baharu memberikan kesan yang luar biasa dengan membawa pulang pelbagai anugerah dan mengukuhkan jenamanya sebagai kuasa yang menggerunkan dalam landskap media dalam talian. – Gambar Bernama, 30 November, 2024

“Kami berharap untuk terus memupuk persahabatan antara PRCA Malaysia dan Scoop, membina atas sikap saling menghormati dan komitmen bersama untuk meningkatkan standard komunikasi.

“Tahniah kepada Scoop dan pasukan yang luar biasa di belakang jenama itu. Jenama itu bukan sahaja pakar dalam bidangnya, malah pemimpin yang membentuk masa depan media dalam talian.

Artikel Arjun Mohanakrishnan “What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed for one year”  memenangi gangsa dalam kategori Isu & Krisis. – Gambar Scoop, 30 November 2024

“Kami yakin Scoop akan terus berkembang dan menjadi kuasa besar yang disegani pada tahun-tahun akan datang.”

Majlis anugerah itu berlangsung di Hotel Aloft di sini dan diserikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, yang menerima Anugerah Kepimpinan, manakala Pengasas Bersama Yayasan Chow Datuk Dr Hartini Zainudin diberi penghormatan dengan Anugerah Komuniti.

Anugerah itu juga bertepatan dengan ulang tahun ke-25 PRCA yang ditubuhkan untuk meningkatkan standard profesional komunikasi dan perhubungan awam. Ia juga merupakan kali pertama sejak anugerah itu dianjurkan 16 tahun lalu, kategori media diperkenalkan.

Bertemakan Anda dan AI: Bersama Ke Arah Era Baru Komunikasi, anugerah dan Sidang Kemuncak perhubungana awam tahun ini memfokus kepada evolusi AI dalam membentuk semula strategi komunikasi. Secara keseluruhan, MPRA tahun ini menerima 184 penyertaan dalam 35 kategori.

Satu lagi kategori baharu yang diperkenalkan adalah Persuasive Pen untuk pelajar bagi mengiktiraf generasi baharu pengamal perhubungan awam. Anugerah Kempen Terbaik (Agensi) pula diraih BZBee Consult untuk penganjuran Rainforest World Music Festival 2024 dengan artikel bertajuk “Rythms of Responsibility: RWMF2024 Redefines Sustainable Tourism”.

Anugerah yang sama dalam kategori In-House diberikan kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk artikel From Local to Global: SUA Sitok Empowers Sarawak’s Tourism Players, Boosting Local Economies. – 30 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related