Cuti semua menteri dibekukan, PM arah turun padang bantu mangsa banjir

Seramai 86,499 mangsa daripada 26,593 keluarga terlibat dengan banjir di sembilan negeri

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cuti semua anggota Kabinet dibekukan susulan bencana banjir di seluruh negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar turut mengarahkan mereka untuk turun padang dengan segera.

“Semua menteri kabinet minta teruskan tugas sekarang. Turun. Ya (cuti dibekukan).

“Terus, terus (turun padang),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, di Putrajaya di sini hari ini.

Sehingga 2.55 petang tadi, seramai 86,499 mangsa daripada 26,593 keluarga terlibat dengan banjir di sembilan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan merekodkan jumlah teramai iaitu 64,937 mangsa dari 20,207 keluarga di 10 daerah. Mereka ditempatkan di 239 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang melibatkan lapan negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor, sehingga esok.

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan pada tahap bahaya dijangka berlaku di Kelantan, khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Terengganu.

Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) pula diramalkan mengalami hujan lebat berterusan pada tahap buruk dalam tempoh yang sama.

Hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related